• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

The 1975 Berdepan Tuntutan Ganti Rugi RM12 Juta

oleh Mohd Arshad
08/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
The 1975 Berdepan Tuntutan Ganti Rugi RM12 Juta
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Penganjur Good Vibes Festival, Future Sound Asia (FSA) mengeluarkan notis tuntutan bayaran ganti rugi terhadap The 1975 gara-gara kontroversi membabitkan kumpulan tersebut baru-baru ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Memetik sebuah portal berita tempatan, peguam mewakili syarikat tersebut, David Mathew dalam kenyataan memaklumkan pihaknya menerusi saman berkenaan menuntut bayaran RM12.3 juta gara-gara pembatalan festival muzik terbabit.

Kumpulan berkenaan dikehendaki memberi maklum balas terhadap notis bertarikh 7 Ogos 2023 itu atau melunaskan bayaran itu dalam tempoh tujuh hari.

“FSA, dalam notis tersebut menuntut agar The 1975 bertanggungjawab dan melangsaikan bayaran ganti rugi berkenaan dalam tempoh tujuh hari.

“Notis tuntutan berkenaan dikeluarkan berdasarkan peruntukan di bawah undang-undang sivil United Kingdom,” tulisnya.

The 1975 bulan lalu, mencipta kontroversi gara-gara tindakan vokalisnya, Mat Healy mengucup gitarisnya dan mengutuk kerajaan Malaysia berkaitan isu Lesbian, Gay, Bisexual, Transesxual, Queer (LGBTQ) ketika membuat persembahan sempena festival tersebut.

Tindakan dangkal vokalis kumpulan tersebut mencetuskan kemarahan masyarakat negara ini sekali gus menjadi perdebatan masyarakat antarabangsa.

UtusanOnline-

Tags: Good Vibes FestivalThe 1975tuntutan ganti rugi
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Umat Islam Tonton Konsert Kumpulan The 1975 Perlu Taubat

Umat Islam Tonton Konsert Kumpulan The 1975 Perlu Taubat

24/07/2023
0

GEORGE TOWN: Umat Islam yang telah menonton konsert kumpulan kontroversi, The 1975 dinasihatkan supaya memohon keampunan daripada Allah SWT. Ikuti...

Matt Healy Pernah Lakukan Perkara Sama Sebelum Ini – Khairil Nizam

Matt Healy Pernah Lakukan Perkara Sama Sebelum Ini – Khairil Nizam

23/07/2023
0

PETALING JAYA – Penyanyi kumpulan The 1975, Matt Healy pernah melakukan aksi tidak senonoh yang sama seperti di Festival Good...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd