• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 20, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Berjaya Land Ambil Tindakan Undang-undang Terhadap Sanusi

oleh Mohd Arshad
04/08/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Berjaya Land Ambil Tindakan Undang-undang Terhadap Sanusi
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA: Berjaya Land akan membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap kenyataan Menteri Besar Kedah Sanusi Nor yang didakwa dibuat secara ‘melulu dan berniat jahat’ berkait syarikat itu, lapor Free Malaysia Today (FMT).

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Berjaya Land, Syed Ali Shahul Hameed, berkata syarikat secara kategorikal dan tegas menafikan semua tuduhan tidak berasas ketika Sanusi berucap dalam ceramah, pada 2 Ogos di Kedah.

Rabu lalu, Sanusi dalam Jelajah Mega PN Best, “Sayangi Kedah Sejahtera” di Dataran Darul Aman, Jitra, mendakwa wujud skandal antara Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari dengan Vincent Tan yang kononnya mahu melaksanakan projek RM10 bilion di Sungai Klang.

Sebagai timbal balas, taikun itu akan mendapat tanah 600 ekar di Selangor yang dijangka merugikan kerajaan sekitar RM180 juta.

“Macam mana 600 ekar ni akan diberi percuma kepada tauke ni? Macam mana tauke ni ambil alih anak syarikat MBI 55%. Ha… ni tengah duk hangat ni, tunggu meletup,” kata Sanusi dipetik berkata oleh lidah rasmi PAS, Harakahdaily.

FMT melaporkan, Syed Ali dalam kenyataannya hari ini memberi penjelasan mengenai fakta sebenar menjawab tuduhan dibuat ketua pengarah pilihan raya Perikatan Nasional (PN) itu.

Berhubung dakwaan Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI) menjual 55 peratus saham dalam anak syarikat sepenuhnya miliknya kepada Berjaya Land dan/atau syarikat berkaitannya, beliau berkata: “Tiada jualan yang dikatakan seperti itu.”

“Sebenarnya, sebuah syarikat tujuan khas melalui usaha sama (JVCo) antara anak syarikat MBI, Landasan Lumayan Sdn Bhd (45 peratus) dan Berjaya Hartanah Berhad (55 peratus) yang dikenali sebagai Landasan Lumayan Berjaya Sdn Bhd (LLBSB) telah dibentuk untuk, antara lain, membersihkan dan membangunkan Sungai Klang,” katanya.

Mengulas dakwaan Berjaya Land dan/atau syarikat berkaitannya diberikan 600 ekar tanah negeri Selangor bernilai RM10 bilion secara percuma, Syed Ali berkata, syarikat Berjaya Land mahupun syarikat berkaitannya tidak pernah mendapat atau diberikan tanah seperti didakwa bernilai RM10 bilion.

“Sebenarnya, hanya beberapa bidang tanah yang berjumlah seluas 103.6 ekar telah diluluskan pemilikan oleh kerajaan negeri Selangor kepada JV Co/LLBSB setelah tanah-tanah tersebut didapati bersesuaian untuk pembangunan,” katanya seperti dilaporkan FMT.

Katanya, Berjaya Land adalah pihak dikehendaki mengumpulkan dana untuk membayar premium bagi pemindahan hak milik tanah tersebut berdasarkan kadar pasaran.

Syed Ali juga menafikan Berjaya Land mendapatkan tanah 600 ekar itu secara percuma, termasuk dakwaan Selangor kerugian RM180 juta.

“Hanya 103.6 ekar tanah yang diluluskan pemilikan oleh kerajaan Selangor kepada JVCo/LLBSB di mana 45 peratus saham di dalam syarikat LLBSB tersebut adalah dipegang dan dimiliki oleh anak syarikat MBI,” katanya.

Beliau berkata, secara kesimpulannya, tuduhan palsu yang dibuat Sanusi jelas sama sekali tidak berasas dan tanpa pengesahan mengenai kebenaran.

“Kenyataan-kenyataan ini dibuat secara melulu dan berniat jahat dan jelas bertujuan untuk mencemarkan reputasi Berjaya Land dan merosakkan komitmen kami serta kerajaan negeri terhadap peningkatan Selangor dan rakyatnya,” katanya.

BHonline-

Tags: Berjaya LandSanusiTindakan Undang-Undang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

Isu Pajakan Pulau Pinang: Sanusi Tidak Gentar, Takkan Berundur

13/11/2025
0

ALOR SETAR - Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor menegaskan beliau tidak gentar biarpun terpaksa berdepan laluan...

Saifuddin Rayu Keputusan Sabitan Fitnah Sanusi

Saifuddin Rayu Keputusan Sabitan Fitnah Sanusi

24/08/2025
0

ALOR SETAR: Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail akan mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan selepas keputusan Mahkamah Tinggi di sini, hari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd