• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 30, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Norza Letak Jawatan Presiden BAM Hujung Tahun Ini

oleh Mohd Arshad
02/08/2023
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
Norza Letak Jawatan Presiden BAM Hujung Tahun Ini
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Tan Sri Mohamad Norza Zakaria membuat keputusan mengejut apabila mengumumkan akan melepaskan jawatan Presiden Persatuan Badminton Malaysia (BAM) pada hujung tahun ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Norza bakal mengosongkan kerusi nombor satu badan induk badminton kebangsaan itu lebih awal berbanding selepas tamat Sukan Olimpik Paris 2024 seperti yang diumumkan pada 15 Julai lalu.

Tegas Norza, keputusan tersebut tidak didorong oleh mana-mana pihak, malah tiada kaitan dengan isu yang melibatkan bekas jurulatih perseorangan remaja kebangsaan, Datuk Misbun Sidek.

Kata Norza, keputusan tersebut diambil selepas beliau memikirkan BAM sudah mempunyai beberapa nama calon yang layak menggantikan tempatnya.

“Pada kesempatan ini, saya ingin maklumkan bahawa saya akan melepaskan jawatan Presiden BAM hujung tahun ini. Sebelum ini saya mengumumkan akan mengundurkan diri selepas Sukan Olimpik Paris 2024.

“Keputusan ini tidak didorong oleh apa-apa sebab dan tiada kaitan dengan apa yang berlaku ketika ini.

“Bagaimanapun, saya sudah ada beberapa nama yang berpotensi (ambil alih jawatan) dan nama-nama berkenaan sudah diserahkan kepada ahli majlis. Kenapa perlu tunggu jika sudah ada calon berpotensi,” katanya dalam sidang akhbar di Akademi Badminton Malaysia (ABM) Bukit Kiara, hari ini.

Selain mahu melepaskan jawatan selaku Presiden BAM, beliau juga pernah menyuarakan hasrat mengundur diri daripada jawatan sebagai Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM) selepas tamat Sukan Olimpik Los Angeles 2028.

Norza mula mengambil alih tampuk nombor satu BAM pada 2017 bagi menggantikan Tan Sri Tengku Mahaleel Tengku Ariff.

-Utusan Online

Tags: letak jawatanNorza ZakariaPresiden BAM
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Ucapan Fahmi Di Masjid Tiada Unsur Kempen Politik – Polis

Next Post

Agong, Raja Permaisuri Zahir Takziah Kepada Sultan Terengganu Atas Kemangkatan Bonda

Related Posts

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

Seorang Lagi Pemimpin PKR Berundur Kabinet, Nik Nazmi Letak Jawatan Menteri

28/05/2025
0

KUALA LUMPUR: Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam (NRES) Nik Nazmi Nik Ahmad mengumumkan sudah menghantar surat peletakan jawatan kepada...

Ketua DAP Melaka Letak Jawatan

Ketua DAP Melaka Letak Jawatan

08/06/2024
0

Tey Kok Kiew melepaskan jawatan sebagai Pengerusi DAP Melaka pada 6 Jun lalu dan tempatnya digantikan oleh naib pengerusi Khoo...

Next Post
Agong, Raja Permaisuri Zahir Takziah Kepada Sultan Terengganu Atas Kemangkatan Bonda

Agong, Raja Permaisuri Zahir Takziah Kepada Sultan Terengganu Atas Kemangkatan Bonda

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd