• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lapan Lelaki Berhimpun Sokong LGBTQ Depan Sogo Ditahan

oleh Mohd Arshad
31/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lapan Lelaki Berhimpun Sokong LGBTQ Depan Sogo Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Lapan lelaki yang berhimpun di hadapan pusat beli belah SOGO di sini, Sabtu lalu bagi menyokong hak golongan lesbian, gay, biseksual, transgender dan pelik (LGBTQ) Sabtu lalu, sudah ditahan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohd Shuhaily Mohd Zain, berkata semua individu berusia antara 18 hingga 56 tahun ditahan pada hari kejadian.

Menurut beliau, pada himpunan terbabit, mereka mempamer plakad dan kain rentang selain melaungkan “Hanya Tuhan Boleh Menghakimi dan Menjadi Gay Bukan Jenayah’ dan ‘Down down Syariah Court’.

Siasatan mendapati semua mereka adalah pengikut ajaran ‘Ahmadi The Religion of Peace and Light’ sejak dua tahun lalu.

“Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang tugas polis, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil dan Seksyen 9 Akta Perhimpunanan Aman 2012.

“Siasatan lanjut mendapati salah seorang daripada mereka pernah ditahan di Putrajaya dua minggu lalu kerana mengedarkan risalah mengenai ajaran itu di Masjid Putrajaya, dua minggu lalu,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat Kontinjen Kuala Lumpur di sini hari ini.

Katanya, kesemua suspek direman sehari sebelum dibebaskan dengan jaminan polis.

“Setakat ini kita sudah merakam keterangan 11 saksi berkait kes ini dan kertas siasatan akan dilengkapkan sebelum dirujuk ke Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan lanjut.

“Polis turut difahamkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) juga sedang menjalankan siasatan ke atas kumpulan ajaran berkenaan,” katanya.

Terdahulu tular satu satu video berdurasi 48 saat dimuat naik pengguna TikTok memaparkan beberapa lelaki memegang plakad menyokong LGBTQ di hadapan pusat beli belah Sogo.

Antara mesej terpampang di plakad berkenaan adalah ‘Gay people are not criminals and being gay is not a crime’ bermaksud golongan gay bukan penjenayah dan menjadi gay bukan satu jenayah.

BHonline-

Tags: berhimpunLGBTQSogo
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Matt Healy Pernah Lakukan Perkara Sama Sebelum Ini – Khairil Nizam

Matt Healy Pernah Lakukan Perkara Sama Sebelum Ini – Khairil Nizam

23/07/2023
0

PETALING JAYA – Penyanyi kumpulan The 1975, Matt Healy pernah melakukan aksi tidak senonoh yang sama seperti di Festival Good...

Parlimen: Perarakan Hari Wanita Bertukar Himpunan LGBTQ Menjadi Tumpuan Pembangkang

Parlimen: Perarakan Hari Wanita Bertukar Himpunan LGBTQ Menjadi Tumpuan Pembangkang

13/03/2023
0

KUALA LUMPUR: Perarakan Hari Wanita menjadi tumpuan daripada blok pembangkang di Dewan Rakyat dengan mempersoal sepanduk-sepanduk serta bendera berunsur agenda...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd