• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kes REE: Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Pula Ditahan SPRM

oleh Mohd Arshad
24/07/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Kes REE: Pegawai Kanan Kerajaan Negeri Pula Ditahan SPRM
Share on FacebookShare on Twitter

YAN: Seorang pegawai kanan kerajaan negeri ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi membantu siasatan berhubung rasuah dan salah guna dalam perlombongan unsur nadir bumi (REE) di Kedah.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Lelaki berusia lingkungan 50-an itu ditahan kira-kira jam 8 malam tadi di pejabat SPRM Alor Setar, dekat sini, kerana disyaki meminta wang rasuah berjumlah kira-kira RM1 juta daripada seorang pemilik syarikat.

Penahanan itu menjadikan empat orang keseluruhan ditahan berhubung kes ini termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadana Menteri Besar dan seorang wanita berjawatan pengarah syarikat bagi membantu siasatan kes sama.

Seorang lagi ditahan iaitu pembantu kepada pemilik syarikat ditahan SPRM beberapa hari kemudian.

Sumber berkata, pegawai kanan kerajaan negeri itu kini ditahan reman tiga hari sehingga Rabu ini susulan permohonan dibuat SPRM di Mahkamah Majistret Alor Setar pagi ini.

Setakat ini, secara keseluruhannya empat suspek ditahan SPRM bagi membantu siasatan kes sama termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar (MBI) dan pengarah syarikat masing-masing pada Rabu, sebelum menyusul penanahan pembantu kepada pemilik syarikat beberapa hari kemudian.

Pengarah Kanan Bahagian Siasatan SPRM Putrajaya, Datuk Seri Hishamuddin Hashim ketika dihubungi, mengesahkan tangkapan terkini itu dan memaklumkan siasatan dijalankan di bawah Seksyen 17 dan 23 Akta SPRM 2009.

Sementara itu, Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, mengesahkan penahanan pegawai kanan itu, namun memaklumkan tidak mengetahui secara lanjut.

“Saya pun dimaklumkan pagi ini dia ditahan untuk membantu siasatan, bukan ditahan kerana bersalah. Saya tak tahu dia salah apa. Tak apalah bagi selesai siasatan dahulu.

“Dia pun tak maklum apa-apa (mungkin) dia tak boleh maklumlah kot. Usaha-usaha itu semakin hari semakin rancak nampaknya,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan Geran dan Lesen Pendudukan Sementara (LPS) bagi Daerah Yan di Guar Chempedak, di sini, hari ini.

Ditanya sama ada penahanan itu ada kaitan dengan tangkapan SPRM terhadap CEO MBI Kedah sebelum ini, Muhammad Sanusi tidak menolak kemungkinan itu.

“Ya saya rasa betul. Saya rasa macam itu pasal satu-satunya hasil daripada ‘brainstorm’ Pakatan Harapan (PH) untuk merebahkan Perikatan Nasional (PN) adalah isu REE, sebab itu dia pulun…tak apalah, buatlah. Kita tak ada masalah apa.

“Saya relaks sahaja dan suruh semua siapa yang dipanggil bagi keterangan (untuk bekerjasama). Apa yang depa mahu, kita cerita. Kita tak ada apa nak dibimbangkan. Selama kita benar tiada apa yang perlu dikhuatirkan. Jangan takut, jangan gentar kita bukan bangsa penunduk,” katanya.

Rabu lalu, SPRM menahan reman CEO MBI dan seorang wanita berjawatan pengarah syarikat bagi membantu siasatan berhubung rasuah dan salah guna kuasa dalam sektor perlombongan membabitkan jumlah melebihi RM13 juta.

Beberapa hari kemudian, agensi itu menahan seorang lagi individu yang juga pembantu kepada pemilik syarikat yang menjadikan keseluruhan tangkapan kini seramai empat orang.

BHonline-

Tags: ditahanKes REESPRM
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

Rafizi Disoal Siasat Hampir 9 Jam, Sempat Ingatkan Pegawai SPRM Tanggungjawab Muslim

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan sesi soal siasat hari pertamanya bersama Suruhanjaya Pencegahan Rasuah...

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

Rafizi Terima Notis SPRM Diminta Beri Keterangan

01/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli memaklumkan beliau telah menerima notis daripada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd