• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kuliah Maghrib UAI Bukan Batal Tetapi Ditangguh

oleh Mohd Arshad
16/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kuliah Maghrib UAI Bukan Batal Tetapi Ditangguh
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Program kuliah Ustaz Azhar Idrus yang dijadual diadakan di sebuah masjid di Bandar Tun Razak, Cheras di sini, malam ini bukan dibatalkan, sebaliknya ditangguhkan.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dalam kenyataan menjelaskan, pihak masjid telah memaklumkan berhubung penangguhan undangan lebih awal kepada pihak penceramah lebih awal.

“Ia bagi proses penyusunan semula jadual perkuliahan membabitkan penceramah dan tenaga pengajar mengambil kira beberapa acara utama.

“Isu pembatalan adalah tidak berbangkit sama sekali. Kami berpandangan agar sebarang isu yang timbul dapat ditangani secara harmoni berlandaskan semangat persaudaraan antara semua pihak,” katanya.

Jelas JAWI, pihaknya komited memastikan institusi masjid dan surau terus berperanan sebagai pangkalan ibadah, pusat ilmu serta penyatuan masyarakat berdasarkan Akta Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) 1993 [Akta 505].

“Selain itu, berdasarkan Kaedah-Kaedah Pentadbiran Undang-Undang Islam (Wilayah-Wilayah Persekutuan) (Jawatankuasa Kariah) 2019, dan Garis Panduan Program Pengajian Serta Pengimarahan Masjid dan Surau di Wilayah-Wilayah Persekutuan,” katanya.

Kelmarin, menerusi kenyataan pentadbir laman rasmi Facebook Ustaz Azhar Idrus memaklumkan bahawa kuliah Maghrib perdana yang dijadualkan berlangsung di sebuah masjid di Bandar Tun Razak, Cheras pada malam ini terpaksa dibatalkan atas arahan pihak tertentu.

“Mohon maaf kepada warga Kuala Lumpur dan rakyat Selangor kerana tidak dapat menyampaikan kuliah di tempat anda,” katanya.

Bagaimana pun mesej itu tidak menyatakan sebab perkara itu berlaku.

BHonline-

Tags: ditangguhKuliah MaghribUstaz Azhar Idrus
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

Lulus 26 RUU Dalam Tempoh 12 Hari, Dewan Negara Ditangguh

19/12/2024
0

Kuala Lumpur: Persidangan Mesyuarat Ketiga Penggal Ketiga Parlimen Ke-15 melabuhkan tirai hari ini setelah bersidang selama 12 hari bermula 2...

Dewan Rakyat Ditangguh Selepas 19 Hari Bersidang

Dewan Rakyat Ditangguh Selepas 19 Hari Bersidang

27/03/2024
0

KUALA LUMPUR: Persidangan Mesyuarat Pertama Penggal Ketiga Parlimen ke-15 melabuhkan tirai hari ini selepas 19 hari bersidang bermula 26 Februari...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd