• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, April 2, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kehidupan Bella Kini Lebih Baik

oleh AK-47
14/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kehidupan Bella Kini Lebih Baik
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Selepas dua bulan kes penderaan dan penganiayaan remaja Sindrom Down dikenali Bella mendapat keadilan, kehidupannya kini lebih baik dan ditempatkan di kemudahan di Johor Bahru, Johor.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara itu disahkan isteri Tunku Mahkota Johor (TMJ), Che’ Puan Besar Khaleeda Bustamam menerusi Instagram (IG) rasmi miliknya selepas menyantuni Bella dan rakan-rakannya hari ini.

Che’ Puan Khaleeda turut menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat; kerajaan Johor serta Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor dalam mengatur dan menguruskan penempatan remaja itu ke Johor.

“Pada masa ini, adik Bella sudah dipindahkan ke Johor Bahru dan sedang menyesuaikan diri di tempat dan persekitaran yang baharu,” katanya menerusi IG, hari ini.

Dalam perkongsian sama, beberapa gambar menunjukkan Bella yang mengenakan hijab biru serta blouse berwarna putih kelihatan ceria ketika disantuni Che’ Puan Khaleeda yang turut mesra dengan remaja itu.

Pada 3 Mei lalu, Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen di sini, selepas didapati bersalah mengabai dan menganiaya Bella.

Sementara itu, pada 23 Mei lalu, Mahkamah Tinggi menolak permohonan Siti Bainun untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman atas kesalahan mendera dan menganiaya Bella.

-Harian Metro

Tags: BellaChe Puan Besar Khaleeda Bustamam
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Siti Bainun Kekal Bersalah Abai, Aniaya Bella

Siti Bainun Kekal Bersalah Abai, Aniaya Bella

02/05/2024
1

KUALA LUMPUR - Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali didapati kekal bersalah oleh Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis,...

Lantikan Kontrak Perkhidmatan Awam Bersifat Sementara – JPA

Jenazah Bella Selamat Dikebumikan

24/01/2024
0

BATU PAHAT - Jenazah Allahyarham Mila Sharmila Samsusah atau lebih dikenali sebagai Bella, 32, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd