• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, July 15, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dewan Rakyat Umum Kekosongan Kerusi Kuala Terengganu

oleh AK-47
14/07/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Dewan Rakyat Umum Kekosongan Kerusi Kuala Terengganu
Share on FacebookShare on Twitter

Speaker Dewan Rakyat Johari Abdul hari ini mengumumkan kekosongan luar jangka bagi bahagian Pilihan Raya Parlimen P.36 Kuala Terengganu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

“Saya telah menerima suatu surat bertarikh 13 Julai lalu daripada Pengerusi SPR yang memaklumkan bahawa selaras dengan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan telah berlaku kekosongan luar jangka bagi Bahagian Pilihan Raya Parlimen P036 Kuala Terengganu.

“Ini berikutan penyandang jawatan Ahmad Amzad Mohamed @ Hashim yang tidak mengemukakan sebarang rayuan yang berakhir pada 11 Julai lalu selaras dengan Seksyen 36A Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954 kepada pihak Mahkamah Persekutuan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Johari berkata, pihak SPR akan mengadakan satu pilihan raya bagi mengisi kekosongan tersebut dalam tempoh enam puluh dari tarikh kekosongan berkenaan.

Pada 27 Jun lalu, Mahkamah Pilihan Raya Terengganu membatalkan kemenangan Ahmad Amzad yang mewakili PAS.

Keputusan dibuat Hakim Mohd Firuz selepas pihak pempestiyen iaitu calon BN Mohd Zubir Embong berjaya membuktikan wujudnya unsur rasuah ketika kempen PRU15.

Hakim berkata, walaupun pempetisyen tidak dikemukakan sebagai saksi, bukti-bukti lain mencukupi untuk mengisytiharkan kerusi bagi Parlimen Kuala Terengganu terbatal dan tidak sah mengikut Seksyen 36 Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan keputusan selama 14 hari bagi membolehkan responden membuat rayuan dan memfailkan permohonan rasmi pergantungannya sebagai ahli Parlimen Kuala Terengganu.

Namun, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata mereka memutuskan untuk tidak merayu atas keputusan mahkamah itu atas pertimbangan memikirkan nasib rakyat.

Katanya, jika rayuan dikemukakan, masa yang lama – sehingga enam bulan – diperlukan untuk diselesaikan pula di peringkat Mahkamah Persekutuan.

Sepanjang tempoh itu, katanya, rakyat di Kuala Terengganu mungkin terabai apabila tiada ahli parlimen yang mewakili mereka.

Tambah Takiyuddin, PAS juga berpendapat berdasarkan keputusan mahkamah pada 27 Jun lalu tidak ada halangan untuk calon yang sama – Ahmad Amzad Hashim – bertanding sekali lagi di kawasan itu.

Katanya hakim hanya membatalkan kemenangan PAS namun tidak melibatkan calon terbabit.

Justeru katanya PAS tidak ada masalah untuk menghadapi pilihan raya kecil Kuala Terengganu dan kemungkinan besar Ahmad Amzad akan kekal sebagai calon di situ.

Takiyuddin juga yakin mereka tidak bermasalah untuk mengekalkan kerusi tersebut berdasarkan kepada jumlah undi yang “tidak banyak” diterima Ahmad Amzad pada 19 Nov tahun lalu.

Untuk rekod dalam PRU lalu Ahmad Amzad mengalahkan tiga calon lain dengan meninggalkan pencabar terdekanya, Mohd Zuber Embong, dengan perbezaan 40,907 undi.

Mohd Zuber memperoleh 22,109 undi manakala pula Ahmad Amzad mendapat 63,016 undi.

-Malaysia Kini

Tags: Dewan RakyatKerusi Kuala Terengganu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PM Nafi Arah Batal Hari Peneroka FELDA: “Tidak Boleh Guna Jentera Kerajaan Persekutuan Semasa Pilihan Raya”

PM Nafi Arah Batal Hari Peneroka FELDA: “Tidak Boleh Guna Jentera Kerajaan Persekutuan Semasa Pilihan Raya”

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak mengarahkan pembatalan sambutan Hari Peneroka FELDA Johor pada...

Ahli Parlimen Arau Bidas Jawapan PM: “Pertanyaan Tentang Pengumuman, Bukan Bila Kelulusan”

Ahli Parlimen Arau Bidas Jawapan PM: “Pertanyaan Tentang Pengumuman, Bukan Bila Kelulusan”

30/06/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim membidas jawapan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai isu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd