• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Keputusan Rayuan Kes Bakar Tahfiz Dijadual Semula 11 September

oleh Mohd Arshad
12/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Keputusan Rayuan Kes Bakar Tahfiz Dijadual Semula 11 September
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA: Keputusan rayuan pendakwa raya terhadap pembebasan seorang pemuda berusia 22 tahun daripada tuduhan membunuh 23 penghuni Darul Quran Ittifaqiyah dalam kejadian kebakaran enam tahun lalu, dijadual semula oleh Mahkamah Rayuan pada 11 September ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pada tarikh yang sama, mahkamah turut memutuskan rayuan seorang lagi pemuda juga berusia 22 tahun terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mendapatinya bersalah atas tuduhan tersebut.

Sebelum ini, rayuan itu didengar di hadapan Hakim Datuk Abu Bakar Jais (kini hakim Mahkamah Persekutuan) yang bersidang bersama-sama Datuk Che Mohd. Ruzima Ghazali dan Datuk See Mee Chun dan dijadulkan untuk keputusan pada Jumaat ini.

Sementara itu, peguam Haijan Omar yang mewakili kedua-dua pemuda berkenaan mengesahkan kepada wakil media bahawa tarikh baharu keputusan rayuan dimaklumkan melalui surat daripada Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan bertarikh 20 Jun lalu.

Dalam prosiding itu, pemuda yang dinamakan sebagai penama pertama merayu terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mensabitkannya atas pertuduhan membunuh kesemua mangsa manakala pihak pendakwaaan merayu terhadap pembebasan rakannya yang dinamakan sebagai penama kedua.

Pihak pendakwaan memohon penama kedua dipanggil membela diri terhadap pertuduhan tersebut.

Pada 11 Mei lalu, Timbalan Pendakwa Raya How May Ling berhujah, mustahil kejadian kebakaran di Darul Quran Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat di ibu negara hanya dilakukan oleh seorang individu berdasarkan penemuan dua tong gas di tingkat atas asrama pusat tahfiz itu, enam tahun lalu.

Hujah beliau, tong gas tersebut masing-masing seberat 14 kilogram tidak mungkin mampu diangkat secara berseorangan dari tingkat bawah melalui tangga.

May Ling menghujahkan, satu tong gas diletakkan secara menegak dan satu lagi melintang sebelum petrol disimbah di hadapan pintu.

Dalam kejadian 14 September 2017, seramai 21 pelajar dan dua guru pusat tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah terkorban selepas terperangkap di tingkat tiga asrama pusat tahfiz yang marak dijilat api.

Pada prosiding rayuan 9 Mac lalu, May Ling berhujah, pihak pendakwaan bergantung kepada keterangan ikut keadaan melalui seorang penghuni pusat tahfiz itu yang melihat kepulan asap ketika terjaga awal pagi hari kejadian.

Hujah beliau, meskipun tidak dapat mengesahkan waktu kejadian, saksi berusia 17 tahun itu menyaksikan asap manakala api ketika itu belum kelihatan.

Sementara itu, Haijan yang mewakili kedua-dua pemuda tersebut berhujah, tiada pengcaman positif berkaitan anak-anak guamnya yang boleh dikaitkan dengan kejadian tersebut.

Pembelaan menghujahkan, tiada keterangan yang menunjukkan kedua-duanya memasuki pusat tahfiz berkenaan sebelum kebakaran berlaku.

Hujah beliau walaupun wujud perbualan ‘bila nak bakar tahfiz’, namun tiada keterangan yang menunjukkan responden kedua terlibat dalam perbualan itu.

Pada 28 Januari 2020, Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan penama kedua tanpa dipanggil membela diri terhadap pertuduhan dihadapinya.

Pada 17 Ogos 2020, Hakim Datuk Azman Abdullah bagaimanapun mendapati penama pertama bersalah dan mengenakan hukuman penjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong kerana perayu yang ketika itu berusia 16 tahun merupakan pesalah kanak-kanak.

Seksyen 97(1) Akta Kanak-Kanak 2001 menyatakan bahawa hukuman mati tidak boleh dijatuhkan ke atas pesalah kanak-kanak bawah umur 18 tahun namun mahkamah boleh menjatuhkan hukuman penjara selama mana diperkenankan Yang di-Pertuan Agong.

Kedua-duanya yang ketika kejadian berusia 16 tahun, didakwa bersama-sama membunuh dan menyebabkan kematian 23 penghuni pusat tahfiz di Jalan Keramat Hujung, Kampung Datuk Keramat, Wangsa Maju, di sini di antara 4.15 pagi dengan 6.45 pagi, pada 14 September 2017.

Pertuduhan terhadap mereka dikemukakan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama, yang memperuntukkan hukuman mati.

UtusanOnline-

Tags: keputusanKes Bakar TahfizMahkamah Rayuan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Rayuan Benarkan Prosiding Semakan Kehakiman Cabar DNAA Ahmad Zahid

Mahkamah Rayuan Benarkan Prosiding Semakan Kehakiman Cabar DNAA Ahmad Zahid

07/05/2026
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Badan Peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar tindakan Peguam Negara memberhentikan prosiding...

‘Saya Serah Keputusan Kepada Presiden Dan Pucuk Pimpinan Parti’ – ADUN Lenggeng

‘Saya Serah Keputusan Kepada Presiden Dan Pucuk Pimpinan Parti’ – ADUN Lenggeng

29/04/2026
0

SEREMBAN - "Saya serahkan semua keputusan kepada Presiden (Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi) dan pucuk pimpinan parti (UMNO)" Demikian...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd