• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, December 5, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sekumpulan Ahli Perniagaan Rugi RM10 Juta Kes Penipuan Pelaburan

oleh Mohd Arshad
10/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Sekumpulan Ahli Perniagaan Rugi RM10 Juta Kes Penipuan Pelaburan
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Sekumpulan ahli perniagaan mendakwa menjadi mangsa penipuan pelaburan sehingga menyebabkan kerugian hingga RM10 juta.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Peguam mewakili kumpulan itu Dinesh Muthal berkata pihaknya sudah membuat laporan polis sejak dua minggu lalu mengenai perkara itu.

“Setakat ini, 20 mangsa sudah tampil membuat laporan dan jumlah kerugian berbeza antara RM250,000 hingga RM1.5 juta,” katanya dalam sidang media, hari ini.

Menurut beliau, setakat ini pihaknya telah membongkar tiga jenis penipuan yang dilakukan oleh seorang ahli perniagaan.

Seorang mangsa, yang juga ejen insurans Datuk Selvamani Ramasamy dari Setapak berkata beliau mengenali individu yang dikenali sebagai Datuk M sebagai pelanggan insurans sejak 2009.

“Datuk M mula mendekati saya untuk mengajak saya melabur dalam perniagaannya pada 2012. Ketika itu jumlah pelaburan yang diminta hanya RM100,000,” katanya.

Selepas pelaburan pertama memperoleh keuntungan 26 peratus sepanjang 20 bulan, Selvamani berkata Datuk M sekali mengajak beliau untuk melabur kali kedua dalam pelaburan lain.

“Selepas mendapat pulangan kali pertama, saya bersetuju untuk melabur kali kedua sebanyak RM15,000 sepanjang 20 bulan sebanyak RM300,000,” katanya.

Selain itu Selvamani berkata Datuk M turut membuka beberapa lagi skim pelaburan hingga kini.

“Dividen yang dijanjikan tidak dibayar kepada saya sebaliknya Datuk M mendakwa telah melabur dalam beberapa skim pelaburan lain yang turut diterajuinya,” katanya.

Seorang lagi mangsa yang tidak boleh dinamakan mendakwa kerugian RM3.3 juta dalam tempoh 24 bulan.

“Beliau mendekati saya melalui seorang lagi rakan perniagaan dan membentangkan perancangan perniagaan yang meyakinkan,” katanya.

Pada awalnya mangsa melabur RM1.5 juta dan menerima dividen RM300,000.

“Setelah menerima dividen pertama, saya mula mempercayai beliau dan menambah pelaburan hingga RM3.3 juta,” katanya.

Sehingga kini mangsa tidak dapat menghubungi pihak syarikat dan telah mendapatkan khidmat peguam untuk menuntut balik wangnya.

Mangsa turut membuat laporan polis terhadap penipuan pelaburan ini dan kes masih dalam siasatan polis.

BH telah menghubungi Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Kuala Lumpur mengenai perkara ini.

BHonline-

Tags: Ahli PerniagaankerugianKes Penipuan Pelaburan
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Ahli Perniagaan Dituduh Terima Deposit Pelaburan Emas RM5 Juta Tanpa Lesen

Ahli Perniagaan Dituduh Terima Deposit Pelaburan Emas RM5 Juta Tanpa Lesen

25/07/2024
2

TAWAU: Seorang ahli perniagaan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas tiga pertuduhan menerima deposit daripada orang ramai...

Jenayah Komersial Catat RM1.2 Bilion Kerugian Setakat 7 Julai

Jenayah Komersial Catat RM1.2 Bilion Kerugian Setakat 7 Julai

13/07/2024
0

Kuala Lumpur : Polis merekodkan jumlah kerugian membabitkan kes jenayah komersial mencatatkan peningkatan sebanyak 83 peratus iaitu RM1.2 bilion setakat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd