• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

90 Peratus Graduan Kolej Vokasional Peroleh Kerja

oleh Mohd Arshad
09/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
90 Peratus Graduan Kolej Vokasional Peroleh Kerja
Share on FacebookShare on Twitter

KULIM : Kolej Vokasional mencapai kejayaan yang memberangsangkan apabila lebih 90 peratus graduannya mendapat pekerjaan selepas tamat pengajian mereka.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata ini kerana graduan kolej berkenaan mempunyai kemahiran yang berkualiti menerusi 606 program diploma yang ditawarkan kementerian.

“Kadar kebolehpasaran graduan Kolej Vokasional kami telah melepasi 90 peratus dan kesemua 606 program diploma yang kami tawarkan telah mendapat akreditasi Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) dan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT).

“Kita perlu hebahkan kepada orang ramai supaya mereka sedar peluang yang ditawarkan di Kolej Vokasional kita,” katanya ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Penutupan Pertandingan Inovasi dan Robotik Peringkat Kebangsaan 2023 (INORO 2023) di Kolej Vokasional Kulim di sini, hari ini.

Fadhlina berkata, kementerian juga bekerjasama rapat dengan industri bagi memastikan program yang ditawarkan seiring dengan permintaan industri.

“Buat masa ini, kami tidak mempunyai isu dengan kebolehpasaran graduan kami, kami bekerjasama rapat dengan industri untuk memastikan graduan kami kekal relevan dengan permintaan industri,” katanya.

Beliau berkata kementerian juga sedang melaksanakan dua program baharu membabitkan Kolej Vokasional tidak lama lagi.

“Yang pertama ialah program khidmat masyarakat ‘KV Insani Malaysia Madani’ di mana pelajar akan turun padang untuk menjalankan aktiviti amal berdasarkan bidang latihan mereka.

“Kedua ialah ‘Tahfiz TVET’ untuk menyediakan latihan teknikal kepada pelajar tahfiz di seluruh negara,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Graduan Kolej Vokasionalkerja
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Cadangan Kerja Empat Hari Setengah, Langkah Proaktif

Cadangan Kerja Empat Hari Setengah, Langkah Proaktif

22/11/2024
0

JOHOR BAHRU – Cadangan Kerajaan Negeri Johor berhubung tempoh hari bekerja selama empat hari setengah mulai tahun hadapan dilihat sebagai...

Dua Beradik Ponteng Sekolah, Kerja 12 Jam Sehari Undang Simpati

Dua Beradik Ponteng Sekolah, Kerja 12 Jam Sehari Undang Simpati

22/06/2023
0

PETALING JAYA – Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) digesa segera membela nasib dua beradik yang didakwa telah dipaksa bekerja 12 jam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd