• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pencarian Mangsa Terakhir Tragedi Kepala Air Fokus Di Sektor A

oleh Mohd Arshad
07/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pencarian Mangsa Terakhir Tragedi Kepala Air Fokus Di Sektor A
Share on FacebookShare on Twitter

CUKAI: Pasukan mencari dan menyelamat akan memberi tumpuan pencarian di kawasan sektor A bagi mencari seorang lagi mangsa tragedi kepala air di kawasan Jeram Air Putih yang masih hilang.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Zon 2 Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu, Penguasa Kanan Bomba II, Azman Alias, berkata pihaknya akan memberi tumpuan di kawasan terbabit berdasarkan penemuan mayat kesembilan dipercayai seorang lelaki.

“Kita percaya seorang lagi mangsa masih berada di sekitar sektor A yang terletak berhampiran dengan lokasi kejadian.

“Tumpuan kini pada kepada kawasan terbabit dalam jarak kira-kira satu kilometer dari lokasi kenderaan mangsa ditemui hingga ke jambatan Kampung Teladas.

“Berikutan kebanyakan mangsa ditemui di sektor terbabit, fokus pencarian meliputi sejauh kira-kira 6.3 kilometer,” katanya ketika ditemui di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Puteh, hari ini.

Azman berkata, bagaimanapun, kawasan sektor B dan C, masih dilakukan usaha pencarian itu sehingga ke Kuala Kemaman.

“Kita juga bersyukur apabila keadaan air di kawasan jeram terbabit yang semakin surut dan kembali jernih mampu membantu pasukan pencarian menjejak mangsa terakhir.

“Mayat ke sembilan yang kita temui terdampar di atas beting pesir pagi tadi adalah disebabkan air di kawasan itu kembali surut,” katanya.

Katanya, operasi hari ini masih diteruskan membabitkan seramai 150 anggota daripada pelbagai agensi seperti polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Pasukan Gerakan Am dengan dibantu penduduk kampung.

Operasi pencarian juga turut mendapatkan sebanyak lapan ekor anjing dari unit pengesan K9 polis dan unit K9 bomba.

Tragedi kepala air itu yang berlaku kira-kira jam 5 petang Sabtu lalu, mengorbankan sembilan mangsa daripada sebuah keluarga yang berasal dari Felda Lepar Hilir, Pahang.

Seorang lagi mangsa iaitu, Muhammad Fikri Saliman, 24, yang juga bakal menantu keluarga itu yang berasal dari Batu Pahat, Johor turut dihanyutkan.

Media sebelum ini melaporkan dua mangsa yang masih hilang ialah Putri Nur Fatin Karim, 14, dan Muhammad Fikri.

Lapan mangsa yang ditemui dan sudah dikenal pasti ialah Karim Abdullah, 39 dan isterinya, Azizah Eiyi, 40, serta empat anak mereka iaitu Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11, Putri Nurerina Natasya, 10, Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6 dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.

BHonline-

Tags: mangsa terakhirtragedi kepala air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Kepala Air: Operasi SAR Putri Nor Fatin Diteruskan

Tragedi Kepala Air: Operasi SAR Putri Nor Fatin Diteruskan

09/07/2023
0

KEMAMAN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terakhir tragedi kepala air Jeram Mawar yang masih hilang diteruskan hari ini...

“Mereka Pergi Berkelah 10 Orang, Biarlah Pulang Juga 10 Orang….”

“Mereka Pergi Berkelah 10 Orang, Biarlah Pulang Juga 10 Orang….”

08/07/2023
0

Chukai : Selepas hampir seminggu tragedi kepala air yang meragut sembilan nyawa sehingga kini di Jeram Air Putih, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd