• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Hanya 6 Mayat Ditemui Setakat Ini, 4 Masih Hilang

oleh Mohd Arshad
03/07/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Hanya 6 Mayat Ditemui Setakat Ini, 4 Masih Hilang
Share on FacebookShare on Twitter

CHUKAI : Polis Terengganu mengesahkan hanya enam mayat tragedi kepala air di Jeram Air Putih di sini ditemui sehingga petang ini bukan sembilan seperti yang dimaklumkan sebelum ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perkara itu disahkan Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan pada sidang media di Pusat Kawalan Operasi di Balai Polis Air Putih di sini, hari ini.

Mazli berkata, kekeliruan itu berlaku disebabkan masalah komunikasi berikutan lokasi operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terletak jauh di dalam hutan.

“Setakat ini, hanya enam mayat ditemui dengan empat daripadanya ditemui hari ini manakala dua lagi ditemui semalam,” katanya.

Mangsa tragedi itu ialah sembilan beranak iaitu bapa, Karim Abdullah, 39, ibu Azizah Eiyi, 40; Putri Balqis Izzati Abdul Rahman, 18; Putri Alleya Maisarah Karim, 16; Putri Nor Fatin Karim, 14; Muhammad Zulqarnain Haikal Karim, 11; Putri Nurerina Natasya Karim, 10; Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, dan Putri Aryana Umaira Karim, 4.

Seorang lagi mangsa adalah tunang kepada Putri Balqis Izzati iaitu Muhammad Fikri Saliman, 24, yang berasal dari Batu Pahat, Johor.

Kejadian kepala air itu dikatakan berlaku susulan hujan lebat berterusan sejak petang kelmarin hingga awal pagi semalam.

“Sebelum ini, kita dimaklumkan menemui tujuh mayat mangsa namun hasil pemeriksaan mendapati hanya empat mayat ditemui sebelum disahkan identiti oleh keluarga mereka.

“Kami berdepan dengan cabaran sukar seperti masalah komunikasi dan cuaca yang tidak menentu menyebabkan maklumat awal yang disalurkan tidak tepat,” katanya.
Mazli berkata, seramai 168 orang terdiri daripada pelbagai agensi seperti Polis Diraja Malaysia, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia, Pasukan Gerakan Awam serta penduduk kampung turut serta dalam operasi pencarian berkenaan.

Bagaimanapun, katanya, operasi pada hari ini ditangguhkan jam 5 petang berikutan keadaan cuaca yang gelap dan operasi dijangka akan disambung semula pada jam 8 pagi esok bagi mengesan empat lagi mangsa.

Empat mangsa yang ditemui hari ini adalah Muhammad Haziq Ziqree Karim, 6, yang ditemui terapung oleh pasukan pencarian kira-kira jam 11.05 pagi tadi sebelum menemui tiga lagi mangsa iaitu Putri Aryana Umaira Karim, 4, Putri Nurerina Natasya Karim, 10, dan bapa mereka, Karim Abdullah, 39.

Mayat Putri Aryana Umaira dan Putri Nurerina Natasya ditemui kira-kira jam 12.05 tengah hari manakala mayat Karim ditemui kira-kira jam 1.55 tengah hari di kawasan pencarian Sektor A.

Semalam, seorang wanita dan anak lelakinya ditemukan lemas manakala lapan lagi hilang dalam fenomena kepala air.

Mayat pertama, Azizah Eiyi, 40, ditemui kira-kira jam 12.45 tengah hari semalam kira-kira 24 kilometer dari lokasi kejadian manakala mayat anaknya, Muhammad Zulqarnain Haikal Karim,11, ditemui tersangkut kira-kira jam 3 petang hari yang sama.

-Berita Harian

Tags: tragedi kepala air
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tragedi Kepala Air: Operasi SAR Putri Nor Fatin Diteruskan

Tragedi Kepala Air: Operasi SAR Putri Nor Fatin Diteruskan

09/07/2023
0

KEMAMAN – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) mangsa terakhir tragedi kepala air Jeram Mawar yang masih hilang diteruskan hari ini...

“Mereka Pergi Berkelah 10 Orang, Biarlah Pulang Juga 10 Orang….”

“Mereka Pergi Berkelah 10 Orang, Biarlah Pulang Juga 10 Orang….”

08/07/2023
0

Chukai : Selepas hampir seminggu tragedi kepala air yang meragut sembilan nyawa sehingga kini di Jeram Air Putih, di sini,...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd