• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerjasama PH-BN Di Kelantan Makin Kukuh

oleh Mohd Arshad
03/07/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Kerjasama PH-BN Di Kelantan Makin Kukuh
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU : Kerjasama antara Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) di negeri ini semakin kukuh menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Keadilan Kelantan dan Terengganu, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kerjasama itu dapat dilihat sewaktu lawatan beliau ke Kuala Krai semalam.

“Ketua-ketua bahagian BN termasuk daripada MIC bersama jentera masing-masing turut turun untuk bersama dengan jentera Parti Keadilan Rakyat (PKR), Parti Amanah Negara (Amanah) dan juga DAP.

“Kita tahu kerjasama antara semua parti komponen PH dan BN penting untuk memberi saingan kepada kerajaan Pas di Kelantan. Jadi tidak ada sebarang krisis dalam kerjasama ini sebagaimana digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak,” katanya dalam sidang akhbar selepas Lawatan Kerja Ke Projek Menaiktaraf Sistem Saliran di Taman Wadi Iman, Ketereh, di sini, hari ini.

Ahli Parlimen Setiawangsa itu yang juga Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkata, untuk PRN kali ini pihaknya sudah merangka pelbagai strategi bagi memastikan PH dan BN menang termasuk akan turun bertemu rakyat untuk mendengar pandangan mereka.

Menurutnya, pendekatan itu sekali gus membolehkan PH mendekati pengundi muda termasuk golongan perantau kerana segmen itu membabitkan jumlah yang ramai dan bakal menjadi faktor penting dalam PRN nanti.

“Mereka banyak memihak kepada Pas sebelum ini namun ia mungkin berubah kali ini berdasarkan beberapa isu yang memihak dan memberi kelebihan kepada kita sekali gus membolehkan PH-BN menjadi satu saingan kepada Pas di negeri ini,” katanya.

Dalam pada itu, Nik Nazmi yang juga Naib Presiden PKR turut menegaskan pegangan PH terhadap agenda reformasi tidak pernah berubah termasuk memberikan peranan besar kepada pembangkang dalam jawatankuasa khas termasuk Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“Kita teruskan apa yang pernah kita laksanakan sewaktu pemerintahan PH pada 2018 dahulu. Kita juga meneruskan agenda reformasi lain termasuk subsidi bersasar demi kepentingan rakyat,” ujarnya.

-Utusan Online

Tags: BNKelantanKerjasama PH-BNPH
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

PN Intai Muafakat Rentas Gabungan Bersama BN, GPS, GRS, Warisan – Annuar Musa

14/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Perikatan Nasional (PN) sedang mengintai kerjasama rentas gabungan bersama Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan...

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

Pas Tiada Halangan Perpaduan Melayu Islam Tanpa DAP, Pakatan Harapan

11/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pas tidak menghalang usaha perpaduan Melayu dan Islam, namun menolak perpaduan yang menurut parti itu tidak mendaulatkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd