• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, June 6, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

FIFA Kagum Gol Safawi

oleh AK-47
01/07/2023
dalam Sukan, Utama & Sensasi
0
FIFA Kagum Gol Safawi
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Jaringan Safawi Rasid ketika meledak gol ketiga negara berdepan Kepulauan Solomon terus menarik perhatian dunia, kali ini mencuri perhatian Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menerusi akaun Twitternya, badan induk bola sepak dunia itu berkongsi jaringan pemain kebangsaan itu sambil mengagumi kemahiran yang dipamerkan Safawi sebelum mencipta jaringan.

“Kemahiran yang mengagumkan daripada pemain Malaysia, Safawi Rasid,” kata FIFA.

Safawi menjaringkan gol pada minit ke-77 selepas dimasukkan pada babak kedua ketika Harimau Malaya kendalian Kim Pan Gon membenam Kepulauan Solomon 4-1 pada aksi persahabatan antarabangsa di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Kuala Terengganu pada 14 Jun lalu.

Gol itu mencuri tumpuan ramai apabila Safawi mengawal kemas hantaran Lee Tuck dari sebelah kanan, mengatasi dua pertahanan lawan sebelum mengakhirinya dengan rembatan deras kaki kiri ketika bola belum jatuh ke tanah.

Malah, FIFA juga beranggapan jaringan itu ‘layak’ untuk dicalonkan bagi Anugerah Puskas FIFA bersama beberapa lagi jaringan yang turut dikongsi badan induk itu menerusi Twitternya.

“Kita sudah melihat beberapa pencabar bagi Anugerah Puskas pada bulan Jun,” katanya.

Antara jaringan lain yang turut menarik perhatian FIFA adalah jaringan lipat pemain Botafogo, Guilherme Madruga, rembatan voli pemain Cincinnati FC, Alvaro Barreal dan percubaan jarak jauh Lucas Zelarayan yang menerjah jaring bersama Columbus Crew.

Pemain wanita juga tidak ketinggalan menerusi gerakan solo pemain Amerika Syarikat, Sophia Smith ketika beraksi bersama pasukannya, Portland Thorns FC.

-Berita Harian

Tags: bola sepakFIFAgolSafawi Rasid
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Bas Terbakar, 25 Penumpang Maut

Next Post

MAIK Agih Daging Korban Kepada 2,500 Asnaf

Related Posts

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

RM30 Juta – Langkah Yang Tepat Ke Arah Memajukan Sukan Bola Sepak Negara

24/02/2025
2

•⁠  ⁠Kerajaan menyediakan RM30 juta, termasuk RM15 juta dari pihak swasta, untuk pembangunan Harimau Malaya di semua peringkat dan kejohanan...

Peluang Terakhir Malaysia….

Peluang Terakhir Malaysia….

18/12/2024
0

Kalau TMJ Gagal Majukan Bola Sepak Kita…Maka Habis La BOLA sepak adalah sukan yang paling mendapat perhatian di serata dunia...

Next Post
MAIK Agih Daging Korban Kepada 2,500 Asnaf

MAIK Agih Daging Korban Kepada 2,500 Asnaf

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd