• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Saturday, January 31, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mei 2024 – Bicara Kes Rasuah RM15 Juta Dikait Bekas Menteri KDN

oleh AK-47
28/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mei 2024 – Bicara Kes Rasuah RM15 Juta Dikait Bekas Menteri KDN
Share on FacebookShare on Twitter

Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur hari ini menetapkan 10 hari pada Mei tahun depan untuk perbicaraan penuh seorang ‘Datuk Seri’ yang didakwa atas empat pertuduhan rasuah yang menyebut nama bekas menteri dalam negeri Hamzah Zainudin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hakim Rozina Ayob menetapkan tarikh perbicaraan pagi ini semasa sebutan kes terhadap ahli perniagaan Sim Choo Thiam.

Rozina menetapkan 6 hingga 10 Mei serta 13 hingga 17 Mei tahun depan untuk perbicaraan penuh. Dia juga telah menetapkan 21 Feb tahun depan untuk sebutan lanjut kes berkenaan.

Sim berdepan satu pertuduhan meminta dan tiga pertuduhan menerima rasuah membabitkan RM15 juta yang kononnya berlaku dua tahun lalu.

Pada 10 Mei lalu, Sim mengaku tidak bersalah dan memohon untuk dibicarakan berhubung empat pertuduhan rasuah yang dituduh dilakukan antara Jun (tiada tarikh tertentu disebut) dan 30 Julai 2021.

Lelaki berusia 63 tahun itu dituduh melakukan kesalahan itu, sebagai dorongan untuk Hamzah, yang ketika itu menteri dalam negeri semasa pentadbiran Perikatan Nasional, untuk membantu Asia Coding Centre Sdn Bhd untuk mendapatkan sebarang projek daripada agensi di bawah kementerian berkenaan.

Sim dituduh meminta dan menerima rasuah daripada pengarah urusan Asia Coding Centre Hep Kim Hong, melalui Syed Abu Zhafran Syed Ahmad.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan itu di Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1, Kuala Lumpur.

Pertuduhan didakwa mengikut Seksyen 16(a)(B) Akta SPRM 2009, dengan Seksyen 24(1) akta sama memperuntukkan hukuman penjara maksimum tidak melebihi 20 tahun, serta denda tidak kurang lima kali ganda jumlah rasuah yang terlibat atau RM10,000, yang mana lebih tinggi, jika tertuduh didapati bersalah.

Dia dibenarkan diikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin dan diarahkan supaya menyerahkan pasportnya serta melaporkan diri di ibu pejabat SPRM terdekat di Kuala Lumpur sebulan sekali.

Pada 11 Mei lalu, Hamzah yang juga adalah ketua pembangkang mendakwa tindakan mengaitkan namanya dalam empat pertuduhan rasuah dalam kes tersebut adalah sebagai muslihat politik yang bertujuan untuk mencemarkan nama baiknya.

Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nor Asma Ahmad, manakala Sim diwakili peguam Low Wei Loke, Hannah Kam dan Kee Wei Lon.

Sementara itu, Bernama melaporkan perbicaraan kes seorang pengarah syarikat bergelar Datuk Seri atas pertuduhan rasuah RM15 juta bagi mendapatkan projek milik agensi di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) akan bermula Mei tahun depan di Mahkamah Sesyen di Kuala Lumpur.

Hakim Rozina Ayob menetapkan perbicaraan kes membabitkan Datuk Seri Sim Choo Thiam berlangsung selama 10 hari bermula 6 hingga 10 dan 13 hingga 17 Mei 2024.

“Kedua-dua pihak mempunyai masa untuk membuat sebarang permohonan berkaitan kes ini, sebelum perbicaraan bermula. Mahkamah menetapkan pengurusan kes seterusnya pada 21 Feb tahun depan,” kata Rozina.

Timbalan Pendakwa Raya Nor Asma Ahmad berkata pihaknya akan memanggil 20 saksi untuk memberi keterangan dan akan mengemukakan pernyataan saksi pada perbicaraan kes itu.

Peguam Datuk Hisyam Teh Poh Teik, yang mewakili Sim berkata pihaknya menyerahkan dua surat kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi memperincikan butiran dalam pertuduhan pada 6 dan 19 Jun lepas.

“Bagaimanapun, kami belum menerima maklum balas untuk kedua-dua surat itu. Oleh itu, kami akan memfailkan dua permohonan kepada mahkamah berdasarkan Seksyen 153 dan 154 Kanun Tatacara Jenayah,” kata peguam itu.

Nor Asma berkata pihaknya menerima surat tersebut dan arahan yang diterima adalah mengekalkan butiran dalam pertuduhan tersebut.

Pada 10 Mei lepas, Sim, 53, didakwa meminta suapan wang berjumlah RM15 juta daripada Pengarah Urusan Asia Coding Centre Sdn Bhd, Hep Kim Hong melalui Syed Abu Zafran Syed Ahmad.

Ia sebagai dorongan untuk seorang pegawai badan awam, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang ketika itu Menteri Dalam Negeri, membantu Asia Coding Centre untuk mendapatkan apa-apa projek milik agensi di bawah KDN.

Sim juga berdepan tiga lagi pertuduhan menerima bagi dirinya suatu suapan, iaitu wang tunai berjumlah RM15 juta daripada individu sama (Hep) sebagai dorongan untuk Hamzah melakukan perkara serupa.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di pejabat Shaas Holdings dan di kawasan letak kereta di Solaris Dutamas, Jalan Dutamas 1 di sini antara Jun 2021 dan 30 Julai 2021.

Pertuduhan mengikut Seksyen 16 (a)(B) Akta SPRM 2009 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda jumlah atau nilai suapan atau RM10,000 mengikut mana lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

-Malaysia Kini

Tags: bekas menteriKDNKes Rasuah RM15 Jutarasuah
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

Pegawai Imigresen Didakwa Terima Rasuah Lebih Setengah Juta, Isteri Guna Wang Haram Beli Emas

19/01/2026
0

SHAH ALAM - Seorang Pegawai Imigresen Gred KP 22 hari ini dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini atas 53 pertuduhan...

Bekas Setiausaha Politik Lapor SPRM, Artikel Penghargaan Kepada Dr Zaliha Disalah Tafsir

Bekas Setiausaha Politik Lapor SPRM, Artikel Penghargaan Kepada Dr Zaliha Disalah Tafsir

23/12/2025
0

KUALA LUMPUR: Bekas setiausaha politik kepada Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd