• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Mahkamah The Hague Tolak Tuntutan Kumpulan Sulu

oleh Mohd Arshad
27/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Mahkamah The Hague Tolak Tuntutan Kumpulan Sulu
Share on FacebookShare on Twitter

THE HAGUE: Mahkamah Rayuan The Hague di Belanda menolak permohonan Kumpulan Sulu untuk mendapatkan pengiktirafan dan penguatkuasaan tuntutan anugerah sebanyak AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) terhadap Malaysia, yang dikatakan melalui proses timbang tara pada Februari tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Penghakiman itu memaklumkan, ‘mahkamah menolak permintaan warga Filipina’ untuk menuntut melaksanakan anugerah timbang tara itu.

Pada tahun lalu, individu yang mendakwa waris Filipina kepada Sultan Sulu terakhir dianugerahkan AS$14.9 bilion (RM62.59 bilion) oleh mahkamah timbang tara Paris dalam pertikaian dengan Malaysia sejak sekian lama berhubung perjanjian tanah pada zaman penjajah.

Mereka berusaha merampas aset Kerajaan Malaysia di Perancis, Luxembourg dan Belanda, dalam usaha untuk menguatkuasakan anugerah itu.

Malaysia yang tidak mengambil bahagian dalam timbang tara itu, bertegas bahawa proses terbabit menyalahi undang-undang dan berikrar untuk melawan tindakan rampasan berkenaan.

Malaysia memperoleh penangguhan anugerah itu di Perancis, namun keputusan itu tetap boleh dikuatkuasakan di luar negara di bawah perjanjian timbang tara Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Waris Kumpulan Sulu itu pada September tahun lalu meminta kebenaran daripada mahkamah Belanda untuk menguatkuasakan anugerah itu di Belanda.

Bagaimanapun, hakim Belanda memihak kepada Malaysia dan memutuskan perjanjian asal itu tidak mempunyai klausa yang mengikat pihak-pihak kepada timbang tara dan penangguhan di Perancis bagi anugerah itu bermakna tuntutan itu tidak boleh dikuatkuasakan di Belanda.

BHonline-

Tags: Mahkamah RayuanThe HagueTolakTuntutan Kumpulan Sulu
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahkamah Rayuan Benarkan Prosiding Semakan Kehakiman Cabar DNAA Ahmad Zahid

Mahkamah Rayuan Benarkan Prosiding Semakan Kehakiman Cabar DNAA Ahmad Zahid

07/05/2026
0

PUTRAJAYA - Mahkamah Rayuan membenarkan rayuan Badan Peguam untuk memulakan prosiding semakan kehakiman bagi mencabar tindakan Peguam Negara memberhentikan prosiding...

Kes Bunuh Lamaran Ditolak: Mahkamah Rayuan Jatuhi Hukuman Mati Ke Atas Peniaga Ayam

Kes Bunuh Lamaran Ditolak: Mahkamah Rayuan Jatuhi Hukuman Mati Ke Atas Peniaga Ayam

04/11/2025
0

PUTRAJAYA: Seorang bekas peniaga ayam dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Rayuan hari ini kerana membunuh seorang ibu tunggal yang menolak...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd