• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, June 24, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Jalani Perintah Sekatan Buang Daerah Maut Kemalangan

oleh Mohd Arshad
27/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lelaki Jalani Perintah Sekatan Buang Daerah Maut Kemalangan
Share on FacebookShare on Twitter

KEMAMAN: Hasrat seorang lelaki yang menjalani perintah sekatan buang daerah (PCO) di Klang, Selangor untuk melarikan diri ke Setiu, dekat ini tidak kesampaian apabila maut dalam kemalangan di Kilometer 322.6, Lebuhraya Pantai Timur 2 (LPT2) selepas susur keluar Kerteh di sini, hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam kejadian kira-kira pukul 7.45 pagi, Muhammad Shukri Ramli, 31, meninggal dunia di lokasi kejadian ekoran kecederaan parah di bahagian tangan dan muka.

Ketua Polis Daerah Kemaman Superintenden Hanyan Ramlan berkata, ketika kejadian mangsa yang sedang diburu polis menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda dipercayai dalam perjalanan menuju ke Setiu untuk melarikan diri.

“Bagaimanapun, setibanya di lokasi kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa tiba-tiba hilang kawalan dan terbabas ke kiri jalan serta merempuh besi penghadang lebuh raya.

“Impak rempuhan itu menyebabkan mangsa terjatuh dan mengalami kecederaan parah,” katanya ketika ditemui pemberita di sini, hari ini.

Hanyan berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pasukan perubatan.

“Hasil pemeriksaan turut menemukan peralatan menghisap dadah dan kita dapati mangsa merupakan PCO yang mempunyai 10 rekod lampau berkaitan jenayah pecah rumah, curi dan dadah,” katanya.

Menurutnya, mayat mangsa telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman untuk tindakan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

UtusanOnline-

Tags: kemalanganmautPerintah Sekatan Buang Daerah
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini  Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

Lagi Kemalangan Besar Di Lebuh Raya…Kali Ini Libatkan Lori Kontena, Dua Van Dan Empat Kereta

24/06/2026
0

Oleh Mynewshub GOPENG, 23 Jun 2026 – Sebanyak lapan individu terlibat dalam satu kemalangan jalan raya membabitkan sebuah lori kontena,...

Dua Beradik Terkorban Selepas MPV Dipandu Hilang Kawalan, Bertembung Kenderaan Dari Arah Bertentangan

Dua Beradik Terkorban Selepas MPV Dipandu Hilang Kawalan, Bertembung Kenderaan Dari Arah Bertentangan

20/06/2026
0

Oleh Mynewshub MARAN, 20 Jun – Perjalanan dua beradik berakhir dengan tragedi apabila kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka terlibat...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd