KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) belum membuka kertas siasatan mengenai dakwaan salah guna kuasa dalam pemberian kontrak gentian optik bernilai RM214.2 juta kepada syarikat yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, berkata badan penguatkuasaan itu memerlukan sedikit masa untuk meneliti dakwaan berkenaan memandangkan ia berlaku kira-kira 20 tahun lalu.
Katanya, SPRM masih meneliti maklumat yang diperoleh berhubung dakwaan berkenaan dan akan membuka kertas siasatan sekiranya mendapati wujud asas kesalahan berdasarkan undang-undang semasa.
BHonline-


