• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Bekas Pemain Kebangsaan Ditahan Ceroboh Bilik Hotel

oleh Mohd Arshad
24/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Bekas Pemain Kebangsaan Ditahan Ceroboh Bilik Hotel
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Bekas pemain bola sepak negara ditahan reman semalam sebelum dibebaskan dengan jaminan polis susulan tindakannya menceroboh sebuah bilik hotel yang diinap oleh seorang wanita tempatan sekitar Kelana Jaya, pada petang Rabu lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, bekas pemain Harimau Malaya berkenaan difahamkan menceroboh masuk bilik hotel tersebut kira-kira pukul 6.10 petang.

Katanya, laporan dibuat oleh pengadu iaitu wanita berusia 35 tahun pukul 2.10 pagi pada Khamis.

“Mangsa menyatakan bilik hotelnya telah diceroboh oleh lelaki tersebut yang berusia 49 tahun berikutan perselisihan faham yang berlaku antara pengadu dan suspek berkenaan.

“Suspek meninggalkan bilik hotel setelah mangsa mendapatkan bantuan daripada pekerja hotel,” ujarnya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, hasil maklumat dan risikan dijalankan pihaknya telah berjaya menahan suspek di Jalan Penchala, Petaling Jaya untuk membantu siasatan.

“Suspek juga telah direman di Mahkamah Petaling Jaya bermula semalam dan dibebaskan dengan jaminan polis manakala kes telah disiasat di bawah Seksyen 448 Kanun Keseksaan,” katanya.

-Kosmo Online

Tags: bekas pemain kebangsaanbilik hotel
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tinggal 20 Voucher Sahaja lagi!!! Cepat…Cepat…

20/07/2020
0

DAH hampir seminggu kami jual voucher untuk bilik pada harga murah di Lexis… Jumlah voucher yang kami jual sudah hampir...

Lexis PD Kembali Dengan Harga Lebih Murah!

14/07/2020
0

Wasap ke nombor ini yea…. : www.wasap.my/60177088791/lexisMNHWS DISEBABKAN permintaan tinggi yang berpanjangan… Kami kembali menjual bilik di bawah rangkaian Hotel...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd