• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, September 30, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
SSM Buka Siasatan Penipuan Skim Pelaburan Babit Kerugian RM1 Bilion
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) membuka kertas siasatan berhubung kes penipuan skim pelaburan yang membabitkan kerugian RM1 bilion.

Ikuti Mynewshub: Telegram

SSM dalam kenyataan berkata, sebanyak 362 aduan diterima setakat ini dengan sebahagian daripada pengadu sudah dipanggil untuk dirakam keterangan.

“SSM akan memanggil beberapa lagi pengadu bagi memastikan sama ada wujud asas kesalahan di bawah perundangan yang ditadbir oleh SSM.

“Sekiranya wujud pelanggaran mana-mana peruntukan yang dikawal selia oleh SSM, tindakan penguatkuasaan sewajarnya akan diambil,” kata kenyataan itu hari ini.

Khamis lalu, dilaporkan lebih 200 syarikat dipercayai aktif melakukan penipuan skim pelaburan membabitkan kerugian RM1 bilion.

Setiausaha Agung Pertubuhan Kemanusiaan Malaysia (MHO) Datuk Hishamuddin Hashim dilaporkan berkata, skim pelaburan seumpama itu sudah wujud sejak 2015, tetapi semakin trending pada tahun ini.

Beliau dipetik berkata, sindiket penipuan ini menggunakan syarikat berdaftar di SSM dan syarikat ala patuh syariah dengan menawarkan skim pelaburan sah di sisi undang-undang.

Katanya, pelaburan terbabit bermodelkan tabung amanah dan Islamic Redeemable Share (i-RPS) serta deposit memorandum maklumat termasuk sijil kewangan Islam (Sukuk).

Selain itu, beliau berkata, syarikat juga menggunakan nama besar dan individu kenamaan serta pesara kerajaan, selain menggunakan nama institusi perbankan terkemuka.

Pada Rabu lalu, kira-kira 200 mangsa penipuan berkenaan yang kecewa selepas tiada tindakan diambil pihak berkuasa ke atas syarikat pelaburan sekali lagi tampil ke SSM mendesak supaya siasatan dilakukan.

Kumpulan yang dibawa oleh MHO itu mahu siasatan dijalankan mengikut Akta Skim Kepentingan 2016 (Akta 778) bagi membolehkan syarikat berkenaan dikenakan tindakan undang-undang.

Dalam pada itu, SSM dalam kenyataan itu memandang serius dakwaan terbabit kerana menjejaskan amalan tadbir urus korporat baik yang seharusnya dipraktikkan oleh pengarah syarikat.

SSM juga sentiasa konsisten dalam mengawal selia pematuhan peruntukan undang-undang dan memastikan komuniti korporat peka berhubung tanggungjawab serta etika perniagaan.

SSM menasihati pelabur untuk sentiasa berhati-hati dan menjalankan usaha wajar terlebih dahulu dengan menyemak skim pelaburan ditawarkan sebelum menyertainya.

BHonline-

Tags: Kertas SiasatanSkim PelaburanSSM
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

SPRM Buka Kertas Siasatan Isu UiTM Holdings

27/09/2026
0

KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membuka beberapa kertas siasatan berhubung isu membabitkan kerugian yang dialami UiTM Holdings...

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

Video Tular Perlekeh Polis Elak Sekatan Jalan Raya: PDRM Buka Kertas Siasatan

26/04/2026
0

KOTA BHARU – Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil tindakan susulan penularan satu rakaman video di media sosial yang didakwa memperlekehkan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd