• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

RM200 Juta Bina 11 Klinik Desa Di Kelantan

oleh Ahmad Albab
30/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

GUA MUSANG – Kementerian Kesihatan memperuntukkan RM200 juta bagi membina 11 klinik desa di Kelantan yang musnah akibat banjir pada Disember tahun lepas, kata Timbalan Menterinya Datuk Seri Dr Hilmi Yahya.

Beliau berkata pembinaannya telah dimulakan secara berperingkat dan dijangka siap tidak lama lagi kerana kerajaan faham masalah itu perlu di atasi segera untuk kemudahan rakyat.

“Kami (kementerian) menerima peruntukan RM200 juta daripada kerajaan persekutuan jadi kami bina klinik baharu ini di Kelantan,” katanya kepada pemberita selepas melancarkan Projek Perintis Air Terawat di Kampung Star di sini, semalam.

Katanya sementara menunggu pembinaan klinik baharu siap, pihak kementerian membina khemah sebagai klinik sementara untuk penduduk mendapatkan rawatan harian.

Beliau berkata khemah berkenaan akan diganti dengan kabin bagi memberi rawatan yang lebih sempurna dan selesa kepada orang ramai.

Mengenai projek perintis air terawat itu, Dr Hilmi berkata projek terbabit hasil kerjasama Kementerian Kesihatan dan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah untuk membekalkan air bersih kepada 1,500 penduduk kampung berkenaan.

“Projek itu adalah yang pertama di negara ini dan jika ia berjaya akan turut dilaksanakan pula di kampung lain di negara ini termasuk Sabah dan Sarawak.

“Apa yang saya lihat semuanya menggunakan teknologi moden dan canggih bagi menghasilkan air yang bersih hingga tidak perlu dimasak serta boleh diminum terus,” katanya. – BERNAMA

Tags: klinik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Klinik Haram Dalam Kondo Mewah Terbongkar!

Klinik Haram Dalam Kondo Mewah Terbongkar!

04/12/2025
0

Imigresen Serbu Ketika Rawatan Sedang Berlangsung Oleh Mynewshub  Disebalik pintu sebuah kondo mewah di ibu kota, pihak berkuasa akhirnya membongkar...

Belanjawan 2023: Kerajaan Salur RM1.2 Bilion Baik Pulih Klinik, Sekolah Daif

Belanjawan 2023: Kerajaan Salur RM1.2 Bilion Baik Pulih Klinik, Sekolah Daif

24/02/2023
0

KUALA LUMPUR: Kerajaan menyasarkan untuk menyiapkan dengan kadar segera pembaikan bagi 400 klinik daif dan 380 sekolah daif dengan peruntukan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd