• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, August 8, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kertas Putih Kesihatan Diluluskan Di Dewan Rakyat

oleh Mohd Arshad
15/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kertas Putih Kesihatan Diluluskan Di Dewan Rakyat
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini meluluskan usul Kertas Putih Kesihatan selepas mendapat sokongan majoriti Ahli Parlimen melalui undian suara pada hari terakhir Mesyuarat Kedua, Penggal Kedua, Parlimen Kelima Belas.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Kertas Putih Kesihatan yang menggariskan strategi reformasi kesihatan negara untuk 15 tahun akan datang itu, diluluskan selepas dibahaskan oleh 28 Ahli Parlimen selama hampir empat jam.

Kertas Putih Kesihatan yang dimulakan kerajaan terdahulu, menggariskan empat tonggak dan 15 strategi reformasi kesihatan bagi mewujudkan satu sistem kesihatan yang memfokuskan kepada perkhidmatan pencegahan dan promotif supaya rakyat kekal sihat dan sejahtera.

Terdahulu ketika membentangkan Kertas Putih Kesihatan, Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata dokumen itu mengusulkan empat tonggak dan 15 strategi utama untuk mereformasi sistem kesihatan negara secara sistematik dalam tempoh 15 tahun akan datang.

Beliau berkata tonggak dan strategi reformasi dalam kertas putih itu adalah berpandukan pada lima aspirasi kesihatan yang dimahukan rakyat, hasil libat urus kementerian bersama 847 agensi dan 7,729 wakil antara Mac tahun lalu hingga bulan ini.

Katanya, libat urus itu mendapati aspirasi rakyat menjurus pada mewujudkan sebuah negara yang sihat, memiliki sistem kesihatan yang saksama dan berpaksikan rakyat serta berdaya tahan, ekosistem kesihatan yang terbuka dan inovatif dan sistem kesihatan yang dihargai dan dibanggakan.

Daripada aspirasi itu, katanya, empat tonggak yang digariskan adalah mentransformasikan penyampaian perkhidmatan kesihatan; mempertingkatkan promosi kesihatan dan pencegahan penyakit; memastikan pembiayaan yang mampan dan saksama; serta memperkukuhkan landasan dan asas sistem kesihatan serta tadbir urus.

“Antara impak yang akan diperoleh hasil reformasi sistem kesihatan ini adalah peningkatan akses rakyat kepada perkhidmatan kesihatan yang berkualiti dan saksama, memantapkan perlindungan sosial dan perlindungan risiko kewangan dan memastikan sistem kesihatan negara yang lebih mampan dan berdaya tahan.

“Selain itu, ia menjamin kesihatan dan kesejahteraan rakyat serta secara langsung memacu pertumbuhan ekonomi negara sejajar dengan aspirasi Malaysia untuk menjadi negara maju berpendapatan tinggi.

“Jika kertas putih ini diterima pakai oleh ahli Dewan yang mulia ini, strategi dalam Kertas Putih Kesihatan akan segera diperincikan dan pelan implementasi akan dibangunkan supaya usaha yang penting dan kritikal ini tidak dilengahkan lagi demi kesejahteraan rakyat dan negara,” katanya.

BHonline-

Tags: Dewan RakyatdiluluskanKertas Putih Kesihatan
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Mayat Lelaki Ditemukan Terapung Di Pulau Sembilan

Next Post

Agenda Pemerkasaan Bangsa Melayu Tidak Dilupakan

Related Posts

Dewan Rakyat ‘Panas’ 2 Ahli Parlimen Blok Kerajaan Bertikam Lidah

Dewan Rakyat ‘Panas’ 2 Ahli Parlimen Blok Kerajaan Bertikam Lidah

05/08/2025
0

KUALA LUMPUR: Dewan Rakyat hari ini 'panas' dengan pertikaman lidah membabitkan dua Ahli Parlimen daripada blok kerajaan. Pertikaman lidah tercetus...

Dewan Rakyat Kecoh, Pendang Tuduh Kor Ming Tipu Isu Sampah 20 Tan Selepas Himpunan

Dewan Rakyat Kecoh, Pendang Tuduh Kor Ming Tipu Isu Sampah 20 Tan Selepas Himpunan

28/07/2025
0

KUALA LUMPUR: Isu 20 tan sampah yang ditinggalkan peserta himpunan pembangkang di ibu negara Sabtu lalu mencetus kekecohan apabila Ahli...

Next Post
Agenda Pemerkasaan Bangsa Melayu Tidak Dilupakan

Agenda Pemerkasaan Bangsa Melayu Tidak Dilupakan

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd