• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

23 Motosikal Disita Kerana Tunjuk Ekzos Bising

oleh Mohd Arshad
04/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
23 Motosikal Disita Kerana Tunjuk Ekzos Bising
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Mahu menunjuk bunyi ekzos bising antara alasan diberi penunggang motosikal selepas ditahan dalam operasi di sekitar Ampang di sini, malam tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Operasi Op Motosikal dan Op Samseng Jalanan yang dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang Jaya bermula pukul 11 malam di sekitar Jalan Ampang, Jalan Putra dan Bukit Ampang Saujana.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, hasil operasi itu sebanyak 23 motosikal jenis Yamaha LC135, Yamaha 125Z dan Yamaha Lagenda 110 yang ditunggang remaja berusia 16 hingga 20 tahun telah disita.

“Kesemua motosikal ini disita kerana pengubahsuaian ekzos, tiada brek belakang serta penunggang yang tidak mempunyai lesen memandu.

“Rata-rata alasan diberi mereka yang datang ke Ampang semata-mata mahu ke Bukit Ampang kerana ingin menunjuk kepelbagaian bunyi letupan ekzos serta boleh mengeluarkan percikan api sebelum singgah untuk makan,” katanya di sini hari ini.

Beliau berkata, tindakan sitaan dibuat di bawah Seksyen 64(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan Seksyen 6(4) akta yang sama.

Katanya, kesemua motosikal telah dibawa ke Balai Trafik IPD Ampang untuk proses panggil pemilik dan tindakan tukar serta-merta struktur kenderaan yang telah diubah suai.

“Operasi selama enam jam itu turut mengeluarkan 164 saman atas pelbagai kesalahan trafik seperti nombor plat ‘fancy’, tiada cermin sisi serta cukai jalan tamat tempoh.

“Kebanyakan individu yang diperiksa bukan berasal dan tinggal di kawasan Ampang. Sesetengahnya datang dari kawasan luar seperti Cheras, Sungai Buloh, Gombak, Rawang dan Kajang,” ujarnya.

Jelasnya, operasi ini bertujuan bagi membendung daripada berlakunya aktiviti yang tidak sihat dalam kalangan remaja.

“Perbuatan yang tidak berfaedah ini bukan sahaja mengganggu ketenteraman awam dan penduduk setempat malah turut mengundang bahaya kepada diri sendiri dan pengguna jalan raya yang lain,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Ekzos Bisingmotosikalsita
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

Warga Asing Berniaga Sireh, Rokok Putih, Makanan, Buah Potong, Aksesori Tanpa Lesen

12/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) melaksanakan tindakan khas terhadap penjaja warga asing yang menjalankan aktiviti perniagaan tanpa...

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

KDN Sita 6,622 Bahan Al-Quran Mengandungi Kesilapan

17/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Sebanyak 6,622 unit teks dan bahan al-Quran yang mengandungi kesilapan dan tidak memenuhi standard disita Kementerian Dalam...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd