KALAU ditanyakan rata-rata rakyat Kedah sekarang, ramai yang akan cakap mereka suka dan sayang Menteri Besar mereka sekarang.
Namun faktor Dato’ Mukhriz Mahathir menjadi favorit rakyat negeri utara dikatakan bukan kerana dia mewarisi legasi bapanya yang merupakan mantan Perdana Menteri Malaysia semata-mata tetapi disebabkan keperibadian beliau sendiri yang gemar mendekati rakyat Kedah hingga ke peringkat bawahan.
Sekali dua mungkin kita boleh kata bahawa Mukhriz yang lahir dalam kemewahan cuma berpura-pura untuk mendapatkan sokongan bawahan tetapi rasanya dah acap kali benar gambarnya bersama rakyat marhaen tersebar di laman sosial termasuk menghadiri majlis kecil di surau dan mengunjungi rumah penduduk.
Di bawah, gambar beliau pekena roti canai di sebuah warung di Jitra pagi tadi, menambahkan lagi bukti kenapa rakyat Kedah sayangkan MB mereka..



Semoga ramai lagi pemimpin politik yang mahu turun ke akar seperti Mukhriz yang nampak sangat kasual tanpa pembantu peribadi pun sebagai pengiring untuk mendekati masyarakat.
Kipidap YAB.. anda memang sempoi! – MYNEWSHUB.CC
Oleh: Rem Ramzi



