• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, June 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

‘Oyen’ Sesat Naik Lori Sayur, Hampir Terlepas Ke Singapura

oleh Mohd Arshad
02/06/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
‘Oyen’ Sesat Naik Lori Sayur, Hampir Terlepas Ke Singapura
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Seekor kucing dikenali sebagai ‘Oyen’ membuat pemiliknya panik gara-gara hampir dibawa ke Singapura setelah sesat menaiki sebuah lori sayur.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menurut ciapan yang dimuat naik @syftn_, kucing peliharaannya itu ditemui pemandu lori ketika dalam perjalanan untuk pemeriksaan pihak berkuasa negara jiran.

Terkejut dengan kehadiran Oyen, pemandu lori tersebut bertindak mengurungnya dalam sangkar buat sementara waktu untuk tujuan keselamatan.

“Selepas itu, pemandu lori minta tolong kakak ipar saya yang bekerja di bahagian eksport di Singapura untuk membawa balik. Pada awalnya, mereka cuba mencari pemilik Oyen kerana dia memakai rantai dan sangat jinak.

“Saya ada membuat hantaran di Facebook. Lama kami menunggu, tetapi tiada siapa yang ‘claim’ (tuntut). Oleh sebab itu, kami sekeluarga ambil keputusan untuk menjaganya.

“Pada malam pertama, Oyen langsung tidak berbunyi. Dia hanya merayau sekeliling rumah. Apapun, kini Oyen sebahagian daripada ahli keluarga kami. Walaupun awak (Oyen) suka kacau orang masak dan makan, kami sekeluarga tetap sayang,” katanya.

Sehingga kini, ciapan berkaitan Oyen itu telah meraih 399,400 tontonan dan 2,500 ulang ciap.

Hantaran tersebut juga menarik ramai minat peminat kucing yang tersentuh hati dengan tindakan pemilik Twitter berkenaan dan turut memuji sifat ihsan pemandu lori berkenaan.

“Terima kasih sebab sudi jaga Oyen yang comel ini. Semoga Allah permudahkan urusan awak,” kata Athira.

“Selalunya kucing yang cari dan pilih ‘owner’ (tuan). Pandai dia cari awak, dia tahu awak boleh jaga dia dengan baik,” ujar Nadia pula.

“Bagus pemandu lori. Kalau orang lain, silap-silap dia lepaskan tepi jalan sahaja,” kata seorang lagi pengguna lain.

Kosmo-

Tags: lori sayuroyenSesatSingapura
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

Jaslinda Ditemui Selamat Di Perkampungan Orang Asli

06/06/2026
0

TAPAH - Pendaki wanita, Jaslinda Saludin, 49, yang hilang ketika mendaki di kawasan Gunung Batu Putih di Ipoh, Perak dilaporkan...

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

Mayat Nur Izzati Humaira Ditemui Di Kawasan Kebun, 500 Meter Dari Lokasi Terakhir Dilihat

26/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Mayat remaja perempuan yang dilaporkan hilang selepas dipercayai tersesat ketika menuruni Bukit Asa, Hulu Bernam, Selangor di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd