• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Sunday, October 11, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Rakyat Boleh Mohon Peruntukan Pembangunan Kecil Awal

oleh Mohd Arshad
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Rakyat Boleh Mohon Peruntukan Pembangunan Kecil Awal
Share on FacebookShare on Twitter

SHAH ALAM : Kementerian Ekonomi akan membuka peluang kepada rakyat memohon peruntukan bagi projek pembangunan dan infrastruktur kecil awam secara terus dalam tempoh terdekat.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menterinya, Rafizi Ramli berkata, sistem permohonan itu kini dalam peringkat akhir penyediaan sebelum dilancarkan dalam dua atau tiga minggu lagi.

Apabila beroperasi kelak, katanya, rakyat tidak perlu melalui proses berlapis yang mengambil masa panjang untuk diluluskan.

“Kementerian akan menerangkan secara lanjut bentuk permohonan projek yang dibenarkan dan syarat berkaitan apabila diperkenalkan kelak.

“Rakyat juga boleh memberi input dan cadangan pembangunan kepada kerajaan yang kemudian akan dipadankan dengan perancangan jabatan berkaitan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas Sesi Libat Urus Kajian Separuh Penggal RMK12 oleh Kementerian Ekonomi bersama Kerajaan Selangor di sini, hari ini.

Hadir sama Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari.

Rafizi berkata, ia akan dimulakan dengan projek kecil kerana lazimnya ia tidak dirancang oleh kerajaan tetapi lebih kepada wakil rakyat.

“Dapat atau tidak (peruntukan permohonan), ia kena melalui proses. Kita kena bekerjasama dengan pejabat daerah dan sebagainya,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Peruntukan Pembangunan Kecil AwalRakyat
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Rakyat Lihat Prestasi Baik PH, Bakal Rampas Parlimen Tampin Dalam PRU-16 – Aminuddin

Rakyat Lihat Prestasi Baik PH, Bakal Rampas Parlimen Tampin Dalam PRU-16 – Aminuddin

11/10/2026
0

SEREMBAN - Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan bertekad merampas semula kerusi Parlimen Tampin pada Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU16), selain...

Tahap Keselamatan Sekolah Semakin Meruncing, Rakyat Berhak Dapat Jawapan Segera – Saifuddin

Tahap Keselamatan Sekolah Semakin Meruncing, Rakyat Berhak Dapat Jawapan Segera – Saifuddin

04/10/2026
0

KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan, Datuk Seri Fadhlina Sidek didesak memberikan penerangan di Dewan Rakyat berhubung tahap keselamatan murid di...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd