• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pengajian Melayu Perlu Setanding SOAS London

oleh Mohd Arshad
30/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pengajian Melayu Perlu Setanding SOAS London
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Pengajian Melayu mesti diangkat menjadi bidang dan disiplin ilmu yang strategik dengan perlu melakukan rombakan terhadap struktur institusi tersebut.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, beliau membuat seruan itu agar berlaku lonjakan baharu dalam pengajian tesebut dengan tidak hanya kepada penilaian orang Melayu, tetapi terhadap pandangan orang bukan Melayu.

“Saya menyeru kita merombak struktur sedia ada. Membawa masuk pelbagai cendekiawan terbaik bangsa, menyemak kembali kurikulum dan melatih bakat terbaik untuk menjadikan disiplin pengajian ini, bidang yang penting kepada dan strategik kepada negara.

“Kita mesti menjadikan Pengajian Melayu setara dengan bidang pengajian Middle Eastern (Timur Tengah) atau Chinese Studies (Pengajian Cina),” katanya dalam Syarahan Za’ba yang bertajuk ‘Pemerkasaan Pengajian Melayu Untuk Pembinaan Negara dan Pengisian Tuntutan Globalisasi’ di Akademi Pengajian Melayu (APM) Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.

Menurut Mohamed Khaled, malah pengajian Melayu mesti dilengkapkan dengan rangkaian sumbangan yang jelas dan terlihat kepada bangsa dan negara memandangkan masyarakat kini berada pada zaman yang sarat dengan cabaran.

Jelasnya, masyarakat berada dalam zaman dengan pelbagai persimpangan yang menuntut semua pihak membuat keputusan yang bukan sahaja betul tetapi radikal, kritikal dan strategik.

“Saya tidak teragak-agak untuk menyatakan bahawa hari ini sudah tidak ramai pemikir Melayu, bijak pandai Melayu dan pemimpin Melayu mengutarakan idea-idea dan pemikiran besar kepada bangsa,” katanya.

Selain itu, beliau menambah dalam usaha mengangkat Pengajian Melayu, perkara itu perlulah dengan mendekati pihak meletakkan kepentingan pengajian Melayu sebagai rukun perjuangan sama parti politik, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), gerakan massa dan sesiapa sahaja.

Pada masa sama, Mohamed Khaled menyarankan UM untuk menyediakan satu kertas kerja untuk memperkasa APM sebagai pusat ilmu terpenting untuk pengajian Melayu global di samping berupaya menggantikan Sekolah Pengajian Oriental dan Afrika (SOAS) Universiti London.

Selain itu, beliau mencadangkan penubuhan Kerusi Za’ba ditubuhkan semula seperti ditubuhkan di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) pada suatu ketika dahulu.

“Sediakan kertas cadangan yang berkaitan dengan kadar segera. Biar saya ketuk pintu hati beberapa konglomerat Melayu untuk memberikan infak kekayaan mereka kepada pengayaan khazanah intelektual bangsa Melayu,” katanya.

-Utusan Online

Tags: Pengajian MelayuSOAS London
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Khaled Jamin Pertahan Pengajian Melayu

Khaled Jamin Pertahan Pengajian Melayu

31/05/2023
0

BARU-BARU ini berlangsung Syarahan Za’ba bertajuk ‘Pemerkasaan Pengajian Melayu Untuk Pembinaan Negara dan Pengisian Tuntutan Globalisasi’ di Universiti Malaya. Ikuti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd