• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Fokus Tangani Isu Alam Sekitar

oleh Ahmad Albab
29/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan negeri akan terus memberi tumpuan terhadap isu alam sekitar bagi memastikan pencemaran yang diakibatkan oleh sektor pembalakan dan perlombongan tidak terus membelenggu rakyat di Pahang.

Menteri Besar Datuk Seri Adnan Yaakob berkata isu pencemaran yang diakibatkan oleh perlombongan bijih besi dan bauksit akan terus ditangani secara bersama oleh kerajaan negeri dan agensi berkaitan seperti Pejabat Tanah dan Galian (PTG) bagi memastikan pelombong terus mematuhi peraturan yang ditetapkan kerajaan.

“Pelbagai langkah telah dilaksanakan oleh kerajaan negeri dan agensi berkaitan termasuk mengadakan operasi bersepadu bagi memastikan penguatkuasaan terhadap pelombong yang mendatangkan masalah berjalan lancar.

“Sekarang keadaan bertambah baik cuma masalah timbul daripada pelombong haram yang degil. Yang itu kita akan pergi dan sita barang-barang perlombongan mereka.

“Kita terpaksa lakukan ini sebab mereka yang timbulkan masalah ini tidak memikirkan orang lain,” katanya ketika menggulung perbahasan Sidang Dewan Undangan Negeri di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Adnan berkata para kontraktor dan persatuan pelombong juga sepatutnya bekerjasama mencuci jalan raya dan lori yang membawa bauksit bagi memastikan debu yang bertaburan di atas jalan raya tidak mencemar alam sekitar dan menyusahkan penduduk kampung di kawasan perlombongan berkenaan.

“Tapi ini pun mereka tak buat. Justeru kerajaan kini sedang buat kajian bersama penasihat undang-undang negeri untuk mengutip bayaran daripada kontraktor dan pelombong yang terlibat.

“Saya difahamkan pulangan sebulan yang pelombong peroleh adalah kira-kira RM200 juta. Jika kita kutip RM4 satu tan dan kita kutip 80 tan kita dapat kira-kira RM32 juta.

“Hasil dari kutipan tersebut kita akan salurkan kepada penduduk kampung terlibat seperti di Beserah dan Kampung Selamat, sebagai elaun sara hidup atau pendapatan tambahan untuk mereka mencuci rumah dan jalan raya yang dicemari bauksit,” katanya.

Selain itu Adnan berkata, bagi memastikan sektor pembalakan tidak merosakkan alam sekitar, para kontraktor dikehendaki mematuhi dua perkara iaitu harus memastikan kedudukan penduduk Orang Asli tidak terjejas, dan tidak merosakkan kawasan tadahan air. – BERNAMA

 

Tags: Adnan YaakobPahang
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

24/05/2026
0

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd