• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

AS Tawar Bantuan Siasat Penemuan Kubur Besar Migran

oleh Ahmad Albab
29/05/2015
dalam Terkini
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Pihak keselamatan Amerika Syarikat (AS) bersedia membantu Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam siasatan penemuan 139 kubur dan 28 kem di Wang Kelian, Perlis yang dipercayai digunakan untuk aktiviti penyeludupan manusia.

Kementerian Dalam Negeri (KDN) dalam satu kenyataan media memberitahu, tawaran itu dibuat oleh Setiausaha Keselamatan AS, Jeh Johnson dalam satu pertemuan dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi di negara tersebut.

“Menteri Dalam Negeri sedang melakukan lawatan rasmi ke AS sejak 26 Mei hingga 1 Jun 2015. Tujuan lawatan adalah untuk menghadiri sesi `United Nations Security Council on Foreign Terrorist Fighters’ di New York yang dijadualkan pada 29 Mei 2015.

“Hasil dari perbincangan dengan Johnson, pihak AS telah menyatakan persediaan mereka untuk memberi bantuan forensik bagi membantu PDRM dalam penemuan kubur migran di Perlis baru-baru ini,” kata kenyataan itu hari ini.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebelum ini mengesahkan penemuan 139 kubur pelbagai saiz di kawasan seluas 11 kilometer persegi di Gunung Perlis.

Pihaknya juga turut menemui satu mayat yang hampir reput dan sejumlah 28 khemah yang dipercayai pernah digunakan sindiket pemerdagangan dan penyeludupan manusia yang ditinggalkan kosong sejak beberapa bulan lalu.

Mengikut KPN, penemuan itu adalah susulan daripada Ops Wawasan Khas Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) yang dijalankan pihaknya sejak 11 Mei lalu. – mynewshub.cc

 

Tags: Amerika SyarikatRohingya
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

Personaliti Media Sosial AS Sneako Teruja Dapat Bertemu Tunku Mahkota Ismail

25/04/2026
0

KUALA LUMPUR – Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail berkenan menerima mengadap personaliti media sosial dari Amerika Syarikat (AS), Sneako...

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

Malaysia Bantah AS Sekat Selat Hormuz, Jangan Jadikan Negara Lain ‘Tebusan’

14/04/2026
0

REMBAU – Malaysia menggesa Amerika Syarikat (AS) supaya mempertimbang semula tindakan menyekat Selat Hormuz yang dilihat berpotensi menggugat bekalan tenaga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd