• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 14, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lelaki Tertembak Rakan Baik Ketika Memburu Ditahan

oleh AK-47
21/05/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Lelaki Tertembak Rakan Baik Ketika Memburu Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

Jertih : Seorang lelaki ditahan polis selepas tertembak rakannya dengan peluru penabur sehingga cedera parah ketika memburu di hutan Rasil, Hulu Besut dekat sini awal pagi semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Besut Superintendan Abdul Rozak Muhammad berkata, lelaki berusia 38 tahun itu dipercayai tertembak mangsa berusia 32 tahun dalam kejadian antara 12 tengah malam dan 1 pagi ketika mereka bersama-sama keluar memburu pelanduk di hutan tersebut.

“Siasatan awal mendapati suspek dan mangsa yang merupakan rakan baik masuk ke hutan tersebut dengan membawa selaras senapang patah dipercayai buatan sendiri bagi tujuan memburu pelanduk.

“Semasa perjalanan pulang, suspek mendakwa telah tertarik picu senjata api berisi peluru yang dibawanya menyebabkan peluru terkena mangsa yang berada di belakang suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata lagi, akibat tembakan itu sebahagian badan mangsa dipenuhi lebih 50 biji peluru bebola bersaiz kecil termasuk di leher dan lengan.

Menurut Abdul Rozak lagi, polis menerima laporan mengenai seorang lelaki terkena tembakan yang mendapatkan rawatan di Hospital Besut kira-kira 2 pagi hari kejadian.

“Mangsa kemudiannya dirujuk ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) untuk rawatan lanjut dan keadaannya dilaporkan stabil,” katanya.

Katanya, susulan kejadian itu suspek yang bekerja sendiri telah ditahan dan polis turut merampas selaras senapang patah dipercayai buatan sendiri itu.

Abdul Rozak berkata, saringan air kencing mendapati suspek negatif dadah dan dia direman selama empat hari bermula hari ini hingga Rabu bagi membantu siasatan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 37 Akta Senjata 1960 iaitu mendatangkan cedera dengan sepucuk senjata tanpa alasan sah dan Seksyen 8 Akta Senjata 1960 iaitu memiliki senjata api atau amunisi tanpa lesen atau permit yang sah.

-Harian Metro

Tags: MemburuTertembak
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Tertembak 2 Rakan Disangka Rusa

Tertembak 2 Rakan Disangka Rusa

23/05/2024
0

KOTA BELUD : Seorang lelaki tertembak dua rakannya yang disangka rusa ketika mereka berada di kawasan kebun di Kampung Gaur,...

Senapang Buatan Sendiri Untuk Memburu Dirampas

29/11/2016
0

TAWAU - Dua laras senapang buatan sendiri dipercayai digunakan untuk kegiatan memburu secara haram dirampas Jabatan Perhutanan Sabah, Sabtu lepas....

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd