• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

MySejahtera Diperluas Untuk Janji Temu Pergigian

oleh Mohd Arshad
15/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
MySejahtera Diperluas Untuk Janji Temu Pergigian
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Sistem Janji Temu secara atas talian melalui aplikasi MySejahtera diperluas kepada perkhidmatan kesihatan pergigian, bermula hari ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Muhammad Radzi Abu Hassan, berkata peluasan ini akan mempertingkat kecekapan penyampaian perkhidmatan pergigian dan kemudahan akses ke klinik pergigian, selain daripada kaedah ‘walk-in’.

“Orang awam boleh menempah perkhidmatan pemeriksaan kesihatan pergigian dan merancang lawatan ke fasiliti kesihatan pergigian mengikut kesesuaian masa.

“Peluasan ini juga menawarkan janji temu pemeriksaan kesihatan pergigian melalui Perkhidmatan Pesakit Luar,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Katanya, Kementerian Kesihatan (KKM) akan memperkenal fungsi ‘Automated Reminder’ melalui aplikasi MySejahtera dan pengguna akan diberi notis untuk hadir pada masa dan tarikh yang sudah ditempah.

“Pelanggan akan diberikan pemeriksaan, perundingan atau rawatan pergigian pada janji temu pertama dan sekiranya rawatan susulan diperlukan, penetapan janji temu seterusnya akan diaturkan.

“Bagi kes kecemasan pergigian seperti sakit gigi atau kecederaan pada tisu muka atau gigi, orang awam boleh hadir terus ke klinik pergigian berdekatan, bagi mendapatkan rawatan kecemasan tanpa perlu melakukan tempahan janji temu,” katanya.

Dalam pada itu, menurut beliau, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) 2019 mendapati sebanyak 15 peratus daripada penduduk Malaysia tidak pernah mendapatkan pemeriksaan gigi dengan pengamal pergigian seumur hidup mereka.

“Kira-kira 50 peratus pula hanya mendapatkan pemeriksaan pergigian yang terakhir mereka lebih dari dua tahun lalu.

“Situasi ini membimbangkan kerana kejadian penyakit gusi dan karies gigi dalam kalangan dewasa masih tinggi dengan masing-masing 90 dan 89 peratus menurut Tinjauan Kesihatan Mulut Kebangsaan Untuk Golongan Dewasa 2010,” katanya.

Beliau berkata, pendigitalan Sistem Janji Temu Perkhidmatan Kesihatan Pergigian melalui aplikasi MySejahtera berpotensi meningkatkan kecekapan sistem perkhidmatan penjagaan kesihatan pergigian negara serta tahap kesihatan pelanggan.

“Ini mengukuhkan penjagaan kendiri dan saringan tahap kesihatan pergigian sebagai langkah pengesanan awal penyakit serta pencegahan penyakit pergigian.

“KKM juga ingin menyeru orang ramai untuk bersama meningkatkan taraf kesihatan pergigian rakyat Malaysia melalui inisiatif ini agar taraf kesihatan pergigian rakyat selari dengan kemajuan sosioekonomi negara,” katanya.

BHonline-

Tags: janji temumysejahteraPergigian
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

‘Guna Semula Aplikasi MySejahtera Pantau Kes COVID-19’

‘Guna Semula Aplikasi MySejahtera Pantau Kes COVID-19’

15/12/2023
0

KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan (KKM) disaran mengguna pakai lima langkah strategik untuk mengawal penularan kes COVID-19 di negara ini termasuk...

MySejahtera Cuba Digodam 1.12 Juta Kali

MySejahtera Cuba Digodam 1.12 Juta Kali

16/02/2023
0

PUTRAJAYA : Audit terhadap Pengurusan Pendaftaran Penerima Vaksin COVID-19 dan Aplikasi MySejahtera mendapati wujud 1.12 juta cubaan serangan untuk memecah...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd