• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Perpaduan Mampu Bertahan Hingga Melangkaui PRU-16 – Loke

oleh Mohd Arshad
14/05/2023
dalam Politik, Utama & Sensasi
0
Kerajaan Perpaduan Mampu Bertahan Hingga Melangkaui PRU-16 – Loke
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : DAP yakin model kerjasama antara parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan kini mampu bertahan lama, sehingga melangkaui Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Setiausaha Agungnya, Anthony Loke, berkata jika kerjasama ini dapat diperkukuhkan lagi, Kerajaan Perpaduan berupaya membuka masa depan baharu untuk politik negara.

“Ya memang kita harap bahawa model kerjasama hari ini dapat diteruskan dan diperkukuhkan bagi membuka masa depan baharu untuk politik negara.

“Jika semua parti berlapang dada dan memberikan komitmen tertinggi untuk kerajaan ini, sudah tentu Kerajaan Perpaduan akan kekal melepasi PRU-16,” katanya kepada pemberita selepas Konvensyen Nasional Kerajaan Perpaduan di Pusat Dagangan Dunia (WTC), hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim turut memberikan amanatnya pada konvensyen berkenaan.

Pada masa sama, Loke yang juga Menteri Pengangkutan, berkata adalah penting buat pemimpin untuk terus memberi penerangan kepada akar umbi berhubung perubahan dalam landskap politik negara ini supaya akhirnya mereka faham mengenainya.

Beliau berkata, dengan hala tuju yang jelas disampaikan pemimpin, rakyat di peringkat akar umbi diyakini akan menerima konsep Kerajaan Perpaduan ini.

“Semua parti memahami keadaan mengapa Kerajaan Perpaduan ditubuhkan selepas pilihan raya… dengan keakraban dan semangat kerjasama kita ini, ia pasti dirasai akar umbi.

“Malah konvensyen ini, akan jadi permulaan untuk tekad yang lebih tinggi bukan sahaja bagi (kejayaan) Pilihan Raya Negeri (PRN) tetapi lebih dari itu,” katanya.

-Berita Harian

Tags: Anthony Lokekerajaan perpaduanPRU-16
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

Persefahaman Kerajaan Perpaduan Disepakati Hingga Mandat Berakhir – BN Pusat

19/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Barisan Nasional (BN) Pusat menghormati pendirian yang disuarakan oleh BN Johor berhubung hala tuju serta persiapan menghadapi...

Pemimpin Amanah Suhaizan Jangka BN Bertanding Solo PRU-16

Pemimpin Amanah Suhaizan Jangka BN Bertanding Solo PRU-16

17/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Pilihan Raya Umum Ke-16 (PRU-16) berkemungkinan besar menyaksikan pertandingan tiga penjuru antara Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd