• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Tuesday, July 7, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Pahang Jamin Kadar Cukai Tanah Tidak Dinaikkan

oleh Mohd Arshad
10/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Pahang Jamin Kadar Cukai Tanah Tidak Dinaikkan
Share on FacebookShare on Twitter

KUANTAN – Kerajaan negeri tidak akan menaikkan kadar cukai tanah dalam tempoh lima tahun meskipun dalam usaha meningkatkan hasil cukai negeri.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, dalam meningkatkan hasil cukai tanah pihaknya akan menggandakan usaha dalam melakukan kutipan hasil berulang.

“Saya beri jaminan di dewan yang mulia ini bahawa tidak ada cadangan menaikkan cukai tanah dalam masa lima tahun, ini adalah jaminan Kerajaan Negeri.

“Apakah cadangan-cadangan yang akan kita laksanakan kerana kita tidak boleh ‘maintain’ kekalkan dengan status quo. Kita tahu kenaikan gaji, barang naik dan pertambahan penjawat awam dan sebagainya jadi kerajaan Negeri kena berusaha untuk mempertingkatkan lagi hasil untuk Kerajaan Negeri,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Chan Chun Kuang (PKR- Semambu) pada sesi Pertanyaan Lisan sempena Mesyuarat Pertama Penggal Ke-2 Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang Ke-15 di Wisma Sri Pahang di sini hari ini.

Dalam pada itu Wan Rosdy dalam masa sama turut memperincikan kutipan hasil negeri sehingga Disember 2022 yang mencecah RM1.288 bilion.

Katanya, kutipan hasil tanah merekodkan kutipan tertinggi sebanyak RM754.8 juta diikuti hasil hutan (RM134.18 juta), air (RM23.85 juta), lain-lain hasil (RM284.15 juta) dan geran persekutuan (RM91.02 juta).

-Kosmo Online

Tags: Kadar Cukai TanahPahang
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

ATM Junjung Titah Tengku Mahkota Pahang, Perkukuh Penyelarasan Latihan Ketenteraan

24/05/2026
0

KUALA LUMPUR – Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menjunjung kasih atas keprihatinan serta titah Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam...

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

Tengku Mahkota Pahang Titah ATM Dapatkan Perkenan Sultan Sebelum Latihan Ketenteraan Di Pahang

24/05/2026
0

KUANTAN - Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah menzahirkan kebimbangan terhadap aktiviti...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd