• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Coldplay Pernah Taja RM3.2 Juta Bersihkan Sungai Malaysia

oleh Mohd Arshad
09/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Coldplay Pernah Taja RM3.2 Juta Bersihkan Sungai Malaysia
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA – Kumpulan muzik ternama dari United Kingdom, Coldplay sebelum ini pernah menaja mesin memerangkap sampah sungai “Interceptor 005” di Sungai Klang pada tahun 2022.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Coldplay pada tahun itu mengumumkan kolaborasi mereka dengan pertubuhan tidak berasaskan keuntungan Belanda, The Ocean Cleanup, dalam usaha mencegah sampah dan pencemaran daripada masuk ke laut.

Agensi antarabangsa melaporkan, Coldplay menyumbang AS$777,000 (RM3.2 juta) bagi jentera tersebut.

Difahamkan, itu adalah “Interceptor” kedua beroperasi di Malaysia selepas Interceptor 002 yang beroperasi di Sungai Klang pada Ogos 2019 lalu.

“Jika tiada tindakan, mungkin akan lebih banyak plastik daripada ikan di lautan pada tahun 2050. Maka sebab itulah kerja The Ocean Cleanup sangat penting.

“Kami bangga menaja Interceptor 005 yang akan memerangkap ribuan tan sampah sungai sebelum sampai ke lautan, ” kata mereka dalam satu kenyataan berhubung tajaan itu.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif The Ocean Cleanup, Boyan Slat, Malaysia adalah negara pertama yang akan menerima Interceptor 005.

Tajaan itu dipercayai membuatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan kedatangan kumpulan muzik tersebut yang akan ke Malaysia pada November depan.

-Kosmo Online

Tags: coldplaySungai Malaysia
Share196Tweet123SendShare

Related Posts

Padang Stadium Nasional Rosak Angkara Konsert Coldplay?

Padang Stadium Nasional Rosak Angkara Konsert Coldplay?

24/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Padang Stadium Nasional, Bukit Jalil rosak angkara konsert Coldplay? IKUTI CHANNEL MYNEWSHUB DI WHATSAPP….. Itu persoalan yang timbul...

Konsert Coldplay Berlangsung Secara Aman, Bukti Kerjasama Baik – Fahmi

Konsert Coldplay Berlangsung Secara Aman, Bukti Kerjasama Baik – Fahmi

23/11/2023
0

KUALA LUMPUR: Konsert Coldplay: Music Of The Spheres World Tour In Kuala Lumpur berlangsung dengan aman tanpa mencetuskan kontroversi membuktikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd