• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, May 18, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Sedia Hadapi Kesan Monsun Barat Daya, El Nino

oleh Mohd Arshad
09/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KKM Sedia Hadapi Kesan Monsun Barat Daya, El Nino
Share on FacebookShare on Twitter

PUTRAJAYA : Kementerian Kesihatan (KKM) menggerakkan persiapan rapi di semua kemudahan kesihatan peringkat negeri dan pusat, bagi menghadapi kesan Monsun Barat Daya serta fenomena El Nino, kata Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa.

Ikuti Mynewshub: Telegram

“Kita mempunyai jentera dalam KKM yang akan beri rawatan terbaik kepada mangsa. Macam El Nino, ia beri perubahan haba ketara di negara ini.

“Mereka yang berdepan gejala berkaitan suhu tinggi, kita galakkan datang ke hospital dan jumpa doktor serta dapatkan rawatan segera,” katanya selepas menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Persatuan Industri Farmaseutikal Malaysia, di sini hari ini.

Ketua Pengarah Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), Muhammad Helmi Abdullah hari ini berkata Monsun Barat Daya dijangka bermula pada 15 Mei dan berterusan sehingga September ini yang akan menyebabkan taburan hujan lebih rendah berlaku di kebanyakan tempat.

Beberapa agensi meteorologi antarabangsa pula meramalkan pembentukan El Nino akan bermula pada pertengahan 2023 hingga awal 2024 dan banyak negara mengambil langkah berjaga-jaga untuk mencegah kesan buruk fenomena itu.

Dalam perkembangan lain, Dr Zaliha berkata, KKM berhasrat mempertingkat kerjasama dengan penggiat industri farmaseutikal di negara ini dalam perkongsian maklumat.

-Berita Harian

Tags: El NinoKKMMonsun Barat Daya
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

Jangkitan Hantavirus: KKM Minta Rakyat Tidak Panik, Berwaspada

08/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia diminta tidak panik dengan laporan berita di peringkat global mengenai penularan hantavirus yang boleh membawa...

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

“Kalau Boleh Jangan Ada Pemotongan (Bajet)” – Menteri KKM

05/05/2026
0

KUALA LUMPUR - Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memohon Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menilai semula cadangan pelarasan dan pemotongan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd