• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Monday, June 29, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Israel Serah 3 Jenazah Rakyat Palestin Selepas 50 Hari Pembunuhan

oleh Mohd Arshad
06/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Israel Serah 3 Jenazah Rakyat Palestin Selepas 50 Hari Pembunuhan
Share on FacebookShare on Twitter

Ramallah : Tentera Israel pada Jumaat menyerahkan tiga jenazah rakyat Palestin yang dibunuh lebih 50 hari lalu kepada pihak Palestin.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hasil koordinasi pejabat perhubungan Palestin bagi penyelarasan keselamatan dengan Israel, ketiga-tiga jasad itu telah diserahkan kepada pihak Palestin di pusat pemeriksaan tentera Israel berhampiran bandar Nablus, utara Tebing Barat, lapor Xinhua memetik kenyataan Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin.

Agensi berita WAFA Palestin mengenal pasti mangsa sebagai Odai Shami, Jihad Shami dan Mohammad Dabik, yang dibunuh tentera Israel pada 12 Mac ketika mereka berada di dalam sebuah kereta berhampiran pusat pemeriksaan tentera Israel di Sarra dekat Nablus. Jenazah mereka dibawa pergi tentera Israel sejak itu.

Menurut statistik yang dikeluarkan oleh Pihak Berkuasa Palestin pada November tahun lalu, Israel menahan lebih 110 jasad warga Palestin yang dibunuh oleh tentera Israel sejak 2015, termasuk 10 kanak-kanak bawah umur, lapan banduan dan tiga wanita.

Pihak Berkuasa Palestin juga memaklumkan 256 rakyat Palestin yang terbunuh akibat konflik dengan Israel sejak 1967 telah dikebumikan di tanah perkuburan di utara Israel.

Menurut angka rasmi Palestin, ketegangan antara Israel dan Palestin telah mengorbankan lebih 100 rakyat Palestin sejak Januari.

Sementara itu, sumber Israel memaklumkan seramai 19 warga Israel terbunuh dalam serangan yang dilakukan oleh rakyat Palestin di Tebing Barat.

-Harian Metro

Tags: Israeljenazahrakyat palestin
Share198Tweet124SendShare

Related Posts

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

Kecoh Di Tanah Perkuburan, Dakwaan Permit Jenazah Ditahan Jadi Tumpuan

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub AMPANG – Satu insiden membabitkan urusan pengebumian jenazah di sebuah tanah perkuburan di Ampang mencetuskan kekecohan selepas keluarga...

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

PBB Sahkan Israel Sasar Pembunuhan Kanak-Kanak Palestin Secara Sistematik Dan Berterusan, Sebahagian Genosida

25/06/2026
0

Oleh Mynewshub GENEVA – Suruhanjaya Siasatan Antarabangsa Bebas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mendakwa pihak berkuasa dan pasukan keselamatan Israel secara...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd