• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Maut Dalam Kemalangan Tujuh Buah Motosikal

oleh Mohd Arshad
06/05/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Remaja Maut Dalam Kemalangan Tujuh Buah Motosikal
Share on FacebookShare on Twitter

SEREMBAN : Seorang remaja lelaki maut manakala dua lagi cedera parah dalam kemalangan melibatkan tujuh buah motosikal di Kilometer 259.9 Lebuhraya Utara-Selatan arah Utara di sini awal pagi tadi.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Nanda Maarof berkata, dalam kejadian pada pukul 2.40 pagi itu, mangsa, Ahmad Sheikhrul Razi Ab Kadir, 19, yang menunggang motosikal Yamaha 135LC disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di hampir keseluruhan bahagian badan.

Menurut Nanda, siasatan awal mendapati kemalangan berlaku apabila sekumpulan motosikal pelbagai jenis yang ditunggang oleh penunggang lelaki masing-masing berusia anggaran sekitar 17 hingga 21 tahun dan seorang wanita berusia 21 tahun sedang bergerak dari arah Senawang menuju ke arah Ampang, Selangor.

“Hasil siasatan awal mendapati apabila sekumpulan motosikal ini tiba di lokasi kejadian sebuah motosikal jenis Yamaha 135 LC yang ditunggang mangsa berusia 19 tahun di lorong tengah lebuh raya disyaki telah hilang kawalan lalu terbabas dan jatuh di atas jalan raya.

“Ini menyebabkan enam buah lagi motosikal lain cuba mengelak namun telah terlanggar sesama sendiri.

“Akibat perlanggaran itu, mangsa yang menunggang motosikal Yamaha 135 LC berusia 19 tahun maut di lokasi kejadian manakala mangsa dua lelaki masing-masing berusia 21 tahun dan 18 tahun mengalami kecederaan parah di bahagian kepala, tangan dan kaki,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas Nanda, seramai empat orang mangsa yang lain mengalami kecederaan ringan di tangan dan kaki.

“Mayat mangsa yang meninggal dunia telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Tuanku Ja’afar Seremban (HTJS) untuk proses bedah siasat manakala lain-lain mangsa turut dibawa ke hospital sama dan sedang menerima rawatan di zon merah dan zon kuning,” katanya.

Nanda berkata, pihak polis menggesa mana-mana individu yang menyaksikan kemalangan tersebut atau mempunyai rakaman video berkaitan kes untuk tampil ke mana-mana balai polis berhampiran atau boleh berhubung terus dengan pegawai penyiasat Inspektor Fadzilah di talian 016-2895801 bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan siasatan lanjut masih diteruskan.

-Utusan Online

Tags: kemalangan mautmotosikalremaja
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

Kemalangan Maut: Rayer Minta AG Jelaskan Perbezaan Tindakan Undang-Undang

02/04/2026
0

KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer menyokong tindakan tegas yang telah diambil terhadap pemandu kereta dipercayai memandu dibawah...

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

Pemandu Kereta Rempuh Motosikal Di Bawah Pengaruh Alkohol, Dadah

30/03/2026
0

KUALA LUMPUR - Pemandu kereta jenis Honda City yang merempuh seorang penunggang motosikal hingga menyebabkan kematian pagi tadi dipercayai memandu...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd