• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Johor Kempen Semak Arah Kiblat – Exco

oleh AK-47
28/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Johor Kempen Semak Arah Kiblat – Exco
Share on FacebookShare on Twitter

Johor akan melaksanakan kempen semakan arah kiblat bagi memastikan tiada kekeliruan dalam menentukan perkara itu turut berlaku di negeri ini.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor Mohd Fared Mohd Khalid berkata kempen menyemak arah kiblat itu akan bermula minggu depan dengan fasa pertama melibatkan premis kerajaan dan sekolah di semua 10 daerah di Johor.

Beliau berkata kempen berkenaan yang akan digerakkan oleh satu jawatankuasa khas dianggotai pelbagai agensi termasuk Jabatan Agama Islam, akan memastikan arah kiblat di semua premis itu adalah tepat.

“Kita mengambil nasihat daripada Datuk Dr Nooh Gadut bahawa sekalipun negeri itu (yang berlaku salah arah kiblat) bukan negeri Johor, tapi selaku Exco Hal Ehwal Agama Islam Johor, saya bersama agensi berkaitan akan menggerakkan kempen semakan arah kiblat bersama.

“… saya percaya hal ini boleh dilakukan dengan kerjasama pejabat agama daerah, masjid dan surau dan mereka ini diberi latihan supaya mereka juga dapat membantu penduduk kampung, taman supaya menyemak semula arah kiblat masing-masing,” kata beliau kepada pemberita ketika ditemui di Kampung Parit Puasa, di Batu Pahat hari ini.

Mohd Fared yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Semerah itu berkata setakat ini, pihaknya tidak menerima apa-apa laporan berhubung salah arah kiblat dan meminta orang ramai yang keliru supaya menghubungi jabatan agama berhubung isu itu.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai kenyataan Nooh yang juga Pengerusi Jawatankuasa Muzakarah, Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam (MKI) yang akan memanggil Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan semua Majlis Agama Negeri berhubung isu arah kiblat tersasar yang dibangkitkan baru-baru ini.

Ia susulan pemeriksaan Persatuan Ahli Falak Negeri Selangor yang mendapati hanya 5,000 kediaman atau premis yang diperiksa ada penanda arah kiblat ditandai tuan rumah dengan kira-kira 2,000 daripadanya terpesong.

-Malaysia Kini

Tags: Arah KiblatExcoJohorkempen
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

Johor Terus Cemerlang GPN SPM 2025 Meningkat, Atasi Purata Kebangsaan

01/04/2026
0

JOHOR BAHRU – Prestasi keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2025 di Johor mencatatkan peningkatan membanggakan apabila Gred Purata Negeri (GPN)...

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

Ketidaktentuan Global – Tunku Mahkota Ismail Arah Atur Langkah Bantu Rakyat

31/03/2026
0

JOHOR BAHRU – Kerajaan Negeri Johor kini sedang memperincikan pelbagai langkah strategik bagi mengurangkan tekanan kos sara hidup rakyat, susulan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd