• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

KKM Arah Tarik Balik Dua Produk Mi Segera

oleh Mohd Arshad
26/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
KKM Arah Tarik Balik Dua Produk Mi Segera
Share on FacebookShare on Twitter

PETALING JAYA : Dua produk mi segera iaitu Mi Kari Putih Penang Alai dari Malaysia dan Mi Segera jenama Indomie Perisa Ayam Spesial diarah untuk menarik balik penjualannya dari pasaran.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ini susulan Pihak Berkuasa Kesihatan Taiwan mendapati terdapat ethylene oxide dalam kedua-dua produk tersebut.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Muhammad Radzi Abu Hassan berkata, ethylene oxide adalah sebatian gas kimia yang karsinogenik dan sering digunakan untuk membunuh makhluk perosak seperti serangga.

Katanya, ia juga digunakan sebagai bahan aktif dalam bahan pencuci tetapi tidak dibenarkan penggunaannya pada permukaan yang bersentuhan makanan.

“Bagi sampel Mi Kari Putih Penang Alai, persampelan di Malaysia mendapati ia mematuhi perundangan.

“Meskipun begitu, bagi memastikan kawalan keselamatan makanan yang berterusan, pihak kementerian telah mengeluarkan arahan kepada pihak syarikat untuk penarikan balik secara sukarela produk Mi Kari Putih Penang Alai bagi batch berkaitan yang mempunyai tarikh luput 25 Ogos 2023 dari pasaran tempatan sekiranya ada,” katanya dalam kenyataan.

Beliau juga mengesahkan bahawa terdapat kemasukan produk mi segera jenama Indomie Perisa Ayam Spesial keluaran negara Indonesia ke negara ini, berdasarkan semakan data dari Food Safety Information System of Malaysia.

“Dalam hal ini, kami telah mengeluarkan arahan untuk tindakan Tahan, Uji dan Lepas bagi produk mi segera jenama Indomie Perisa Ayam Spesial di semua pintu masuk negara dan meminta pihak syarikat menarik balik secara sukarela produk terlibat dari pasaran,” katanya.

Bagaimanapun, Muhammad Radzi menjelaskan, Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan telah menjalankan pemantauan keselamatan makanan yang berterusan ke atas produk makanan berkaitan yang dijual di pasaran tempatan mahupun yang diimport, lanjutan daripada isu penarikan semula produk Mi Sedaap keluaran negara Indonesia yang mengandungi ethylene oxide pada tahun lalu.

“Hasil pemantauan dari 2022 sehingga kini ke atas 36 sampel produk mi segera pelbagai jenama di pasaran tempatan, didapati 11 sampel produk Mi Sedaap telah mengandungi ethylene oxide dan tindakan penguatkuasaan telah diambil.

“Tindakan yang diambil termasuk kompaun, tindakan mahkamah dan penarikan balik produk dari pasaran. Pihak kementerian sentiasa peka dan prihatin terhadap perkara yang boleh mengancam kesihatan pengguna. Pengguna dinasihatkan tidak mengambil atau memakan produk terlibat,” katanya.

-Utusan Online

Tags: KKMmi segeraTarik Balik
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

Pesakit Kaya Boleh ‘Potong Barisan’ Hospital Kerajaan?

26/02/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR - Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong melahirkan kebimbangan program yang mahu diperkenalkan Kementerian Kesihatan (KKM)...

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

KKM Beri Jaminan Bekalan Ubat Untuk Tibi Mencukupi

21/02/2026
0

KUALA SELANGOR: Kementerian Kesihatan (KKM) memberi jaminan bekalan ubat bagi penyakit tuberkulosisi (tibi) di pasaran mencukupi. Menteri, Datuk Seri Dr...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd