• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Wednesday, May 27, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dollah Senarai 30 Pemain Bagi Sesi Latihan Pusat Kebangsaan

oleh Ahmad Albab
28/05/2015
dalam Sukan
0
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR – Ketua jurulatih skuad Harimau Malaya, Dollah Salleh menyenaraikan 30 pemain termasuk 14 pemain daripada pasukan Pahang dan Johor Darul Ta’zim (JDT) untuk sesi latihan pusat skuad kebangsaan yang bermula esok di Padang PKNS, Kelana Jaya.

Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menerusi laman sesawangnya;www.fam.org.my, memaklumkan sesi latihan berkenaan merupakan
persediaan Dollah bagi menghadapi perlawanan antarabangsa A bertemu Hong Kong di Stadium Shah Alam, 6 Jun ini.

Perlawanan berkenaan merupakan medan pemanas untuk skuad kebangsaan bagi menghadapi dua aksi Kumpulan A pusingan kelayakan Piala Dunia 2018 yang turut bertindak sebagai pusingan kelayakan Piala Asia 2019.

Malaysia dijadual menentang Timor Leste pada 11 Jun ini sebelum berdepan Palestin, lima hari kemudian dan kedua-dua perlawanan bakal berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

FAM menjelaskan daripada senarai 30 pemain berkenaan, Dollah hanya akan menggunakan 23 pemain bagi dua aksi pusingan kelayakan itu.

Dollah tidak dapat menggunakan khidmat pemain JDT dan Pahang pada aksi persahabatan menentang kelab Liga Perdana Inggeris, Tottenham Hotspur FC di Stadium Shah Alam semalam memandangkan dua pasukan Liga Super itu terlibat dalam saingan pusingan kedua Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC).

Malaysia kalah 2-1 pada aksi persahabatan berkenaan.

Senarai 30 pelatih:
———————–

Yong Kuong Yong (Pulau Pinang); Khairul Fahmi Che Mat (Kelantan); Mohd Muslim Ahmad, Mohd Afif Amiruddin (kedua-duanya pemain PDRM); Ronny Harun, Joseph Kalang Tie (kedua-duanya pemain Sarawak); Mohd Zubir Mohd Azmi, Norshahrul Idlan Talaha (kedua-duanya pemain Terengganu).

Mohd Nasir Basharuddin, Mohd Zamir Selamat (kedua-duanya pemain Perak); Mohd Azmi Muslim, Ahmad Hazwan Bakri, Afiq Azmi (Selangor); D. Christie Jayaseelan, Indra Putra Mahayuddin, Ahmad Syamim Yahya (kesemuanya pemain Felda United FC).

Mohd Khairul Azhan Mohd Khalid, R. Gopinathan, Azamuddin Mohd Akil (kesemuanya pemain Pahang); Mohd Farizal Marlias, Mohd Izham Tarmizi Roslan, Mohd Fadhli Shas, Junior Eldstal, S. Kunalan, Mahalli Jasuli, Safiq Rahim, S. Chanturu, Mohd Amri Yahyah, Mohd Safee Mohd Sali, Aidil Zafuan Abd Radzak (kesemuanya pemain Johor Darul Ta’zim). – BERNAMA

Tags: Dollah Salleh
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dollah Salleh Kemalangan

18/01/2022
0

Kuala Lumpur : Pengurus pasukan Sri Pahang FC, Dollah Salleh berdepan detik cemas apabila kenderaan yang dinaikinya secara tiba-tiba hilang...

Taktikal Dollah Penentu Barisan Tok Gajah

21/11/2018
0

KUANTAN - Taktikal ketua jurulatih, Dollah Salleh bakal menentukan barisan pemain yang akan memperkasakan skuad Pahang bagi mengharungi saingan Liga...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd