PUTRAJAYA : Jabatan Penjara akan melaksanakan pelepasan Orang Bebas Berlesen (OBB) di bawah Program Pelepasan Banduan Secara Lesen (PBSL) Ihsan MADANI (Kepulangan Yang Dinanti) sempena Aidilfitri ini.
Ikuti Mynewshub: Telegram
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berkata ikhtiar itu memberi peluang kepada penghuni penjara beragama Islam untuk merayakan Aidilfitri bersama keluarga mereka.
“Pelepasan OBB ini dilaksanakan di seluruh institusi Penjara Malaysia membabitkan pelepasan lebih 1,000 OBB sepanjang Ramadan dan Syawal ini.
“Ini bagi membolehkan penghuni penjara merayakan Aidilfitri bersama keluarga tercinta, selain penghuni lain juga berpeluang mengeratkan hubungan kekeluargaan,” katanya pada sidang media di sini, hari ini.
-Berita Harian
