• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 28, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Remaja Dihukum Sebatan Ringan Kerana Pukul, Bakar Anjing

oleh AK-47
18/04/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Remaja Dihukum Sebatan Ringan Kerana Pukul, Bakar Anjing
Share on FacebookShare on Twitter

Johor Bahru : Seorang remaja dihukum sebatan ringan tujuh kali rotan oleh Mahkamah Sesyen di sini, hari ini selepas didapati bersalah menyebabkan kesakitan secara kejam terhadap seekor anjing, bulan lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim turut memerintahkan Braden Yap Hong Sheng, 19, yang juga orang kena saman (OKS) dilepaskan dengan bon berkelakuan baik selama setahun.

Yap yang mengaku bersalah atas pertuduhan itu pada 12 April lalu turut dibenarkan ikat jamin sebanyak RM10,000.

Che Wan Zaidi sebelum menjatuhkan hukuman berkata, mahkamah memandang berat akan perbuatan tidak berperikemanusiaan yang dilakukan OKS.

“Apa jua ancaman dilakukan oleh anjing itu terhadap kamu (OKS), kamu tidak sepatutnya bertindak kejam hanya kerana sakit hati, sepatutnya kamu membuat laporan kepada agensi penguatkuasaan untuk mereka ambil tindakan,” katanya.

Bagaimanapun, beliau juga berkata, mahkamah mengambil kira faktor OKS adalah pesalah muda, kesalahan pertama kali dan sudah insaf serta membuat pengakuan bersalah di peringkat awal.

“Mahkamah melihat hukuman penjara tidak sesuai ke atas OKS, namun tanggungjawab mahkamah juga untuk memberi hukuman setimpal dengan mengambil kira faktor kepentingan awam sebagai memberi pengajaran kepada OKS dan masyarakat supaya perbuatan ini tidak berulang lagi di masa akan datang,” katanya.

Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki itu didakwa dengan kejamnya menyebabkan kesakitan yang tidak sepatutnya ke atas seekor anjing betina berwana coklat di hadapan sebuah premis di Jalan Impian Emas 22, Taman Impian Emas, Skudai di sini, jam 1.49 pagi, 27 Mac lalu.

Bagi perbuatan itu, OKS didakwa mengikut Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 29(1) akta sama.

Pendakwaan dijalankan Pegawai Pendakwa Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Negeri Johor, Mohd Zamri Shak @ Ishak, manakala OKS diwakili peguam GK Sritharan.

Mahkamah kemudian menetapkan 21 Mei depan untuk pelaksanaan hukuman sebatan ringan itu terhadap tertuduh secara terbuka di Mahkamah Sesyen Jenayah 4, jam 9 pagi.

Mengikut fakta kes, kira-kira 12.30 tengah hari, 28 Mac lalu, Doktor Veterinar JPV Johor menjalankan pemeriksaan fizikal ke atas seekor anjing berdasarkan aduan awam berkaitan seorang lelaki memukul dan membakar anjing terbabit.

Hasil pemeriksaan mendapati anjing berada dalam keadaan ketakutan serta terdapat kesan lebam dan terbakar di paha kiri, luka pada kaki hadapan dan pendarahan di bahagian mata sebelah kiri.

Berdasarkan rakaman kamera litar tertutup (CCTV), OKS didapati memukul dan membakar anjing berkenaan.

-Harian Metro

Tags: Kes Pukul Bakar AnjingremajaSebatan Ringan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

Remaja 17 Tahun Patah Tangan Motosikal Ditunggang Lawan Arus Bertembung Kereta

06/12/2025
0

KAJANG: Remaja lelaki 17 tahun cedera selepas motosikal ditunggangnya secara melawan arus bertembung kereta di Jalan MKH Boulevard 2, Jalan...

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

Remaja Lelaki 15 Tahun Maut Tercampak Dalam Longkang

15/11/2025
0

KULIM: Seorang pelajar lelaki maut akibat tercampak ke dalam longkang selepas motosikal yang ditungganginya terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kereta...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd