• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Lebih 2.97 Juta Pengguna Muat Turun MyJPJ

oleh Mohd Arshad
09/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Lebih 2.97 Juta Pengguna Muat Turun MyJPJ
Share on FacebookShare on Twitter

KOTA BHARU : Lebih 2.97 juta pengguna telah memuat turun aplikasi Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) iaitu MyJPJ setakat ini sejak dilancarkan pada Februari lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Ketua Pengarahnya, Datuk Zailani Hashim berkata, aplikasi yang dibangunkan oleh JPJ untuk menyemak secara serentak salinan lesen memandu dan cukai jalan digital setakat ini berjalan dengan lancar.

Menurutnya, menerusi inisiatif pendigitalan berkenaan, pihaknya turut menggunakan alat Smart Management Enforcement Device’ (SMED) untuk mengesan maklumat lengkap pemandu.

“Bagi pemandu yang mempunyai masalah untuk mempamerkan lesen memandu dan cukai jalan digital, kita akan menggunakan alat SmED dengan membuat pendaftaran identiti (ID) mereka untuk mengakses lesen dan cukai jalan secara digital.

“Justeru saya menyeru kepada seluruh masyarakat untuk memuat naik aplikasi MyJPJ bagi memudahkan urusan,”katanya pada sidang akhbar pada Majlis berbuka Puasa JPJ Negeri Kelantan di Panji semalam.

Dalam pada itu, Zailani berkata, JPJ membekukan cuti anggotanya untuk menjalankan tugas pemantauan sempena Aidilfitri.

Katanya, penguatkuasaan bagi Ops Raya akan bermula sebelum, semasa dan selepas Aidilfitri dalam memastikan pengguna jalan raya mematuhi peraturan bagi mengelak berlaku banyak kemalangan.

“Pengguna juga perlu merancang jadual perjalanan terutama mereka yang akan pulang ke Kelantan yang mana kita jangka akan berlaku kesesakan di Gua Musang susulan penutupan jalan bagi tujuan kerja-kerja pemasangan cerucuk jambatan bagi Projek Lingkaran Tengah Utama (LTU) pakej 3B dan 3C.

“Jadi saya menyeru pengguna untuk tidak hanya bergantung kepada laluan berkenaan kerana masih ada beberapa pilihan laluan untuk masuk ke Kelantan bagi mengelakkan kesesakan,” katanya.

-Utusan Online

Tags: MyJPJ
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

No Content Available
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd