• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Dua Wanita Jual Makanan Kepada Orang Tak Puasa Ditahan

oleh Mohd Arshad
06/04/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
Dua Wanita Jual Makanan Kepada Orang Tak Puasa Ditahan
Share on FacebookShare on Twitter

Kota Bharu : Dua pekerja kedai makan ditahan selepas disyaki menjual makanan kepada individu tidak berpuasa di Jalan Wakaf Stan, Kubang Kerian di sini, semalam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Mereka berusia 30-an ditahan menerusi operasi Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kelantan (Jaheaik) bersama Majlis Perbandaran Kota Bharu Bandaraya Islam (MPKB-BRI) bermula 9.30 pagi hingga 1.30 tengah hari semalam.

Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan Undang-Undang Syariah Jaheaik, Mohd Fadzuli Mohd Zain berkata, dua wanita itu ditahan untuk siasatan mengikut Seksyen 10 (1) (a)- Enakmen Kanun Jenayah Syariah (1) 2019 Negeri Kelantan kerana tidak menghormati Ramadan.

“Mereka disyaki memberi atau menjual makanan kepada orang Islam yang tidak berpuasa. Ketika operasi, pemilik kedai makan tidak ada di premis.

“Jika disabitkan, mereka boleh didenda tidak lebih RM2,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, dan bagi kesalahan kedua atau berikutnya boleh didenda sehingga RM3,000 atau penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Fadzuli berkata, MPKB-BRI pula menyita tujuh bekas lauk-pauk dan satu bekas nasi mengikut Undang-undang Kecil Tred Perniagaan dan Perindustrian MPKB-BRI 2019.

Katanya, tindakan itu diambil kerana peniaga melanggar syarat lesen iaitu premis menjalankan perniagaan sebelum 3 petang pada Ramadan.

“Pemantauan premis bersama agensi luar ini dibuat bagi memastikan pematuhan syarat berniaga di bulan Ramadan.

“Tindakan penguatkuasaan bertujuan memelihara syariat agama Islam serta menjaga keharmonian dan kesejahteraan bandar ini,” katanya.

-Harian Metro

Tags: Tahantak puasa
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dua Lelaki Ditahan Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh Dalam Kereta

Dua Lelaki Ditahan Lakukan Perbuatan Tidak Senonoh Dalam Kereta

02/02/2026
0

Kuala Lumpur: Dua lelaki ditahan selepas dipercayai melakukan perbuatan tidak senonoh dalam kereta di tempat awam di Jalan Taman Intan...

Empat Individu Termasuk Seorang Wanita Ditahan Bersama Dadah

Empat Individu Termasuk Seorang Wanita Ditahan Bersama Dadah

06/12/2025
0

Kulai: Polis menahan empat individu termasuk seorang wanita bersama rampasan dadah di Taman Sungai Mas di sini, kelmarin. Ketua Polis...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd