• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 29, 2025
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

7 Individu Termasuk Seorang Wanita Didakwa Terbabit Judi

oleh AK-47
06/04/2023
dalam Jenayah, Utama & Sensasi
0
7 Individu Termasuk Seorang Wanita Didakwa Terbabit Judi
Share on FacebookShare on Twitter

Butterworth : Tujuh individu termasuk seorang wanita didakwa di Mahkamah Majistret, di sini atas kesalahan terbabit dalam kegiatan judi tahun lalu.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Bagaimanapun kesemua mereka mengaku tidak bersalah ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Rosnee Mohd Radzuan.

Ketika pendakwaan, dua tertuduh, Tan Gaik See, 47, dan Lee Eng Kah, 43, didakwa menjalankan transaksi mesin perjudian.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua mereka didakwa menguruskan dan mengadakan transaksi dengan 17 buah mesin judi.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Pasaraya Econsave, Kawasan Perindustrian Teras Jaya, kira-kira jam 4.18 petang pada 28 Disember lalu.

Mereka berdua didakwa di bawah Seksyen 4B (a) Akta Rumah Judi Terbuka 1953 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang RM10,000 dan tidak lebih RM100,000 bagi setiap mesin judi yang dirampas dan hukuman penjara tidak melebihi lima tahun.

Kedua-dua tertuduh dibenar diikat jamin masing-masing sebanyak RM8,000 seorang dengan seorang penjamin.

Sementara itu di mahkamah sama, lima lelaki berusia antara 23 sehingga 62 tahun didakwa berjudi dalam talian di rumah judi terbuka di tempat dan masa yang sama.

Kesemua mereka juga mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.

Mahkamah kemudiannya membenarkan kesemua tertuduh diikat jamin masing-masing sebanyak RM3,000 seorang dengan seorang penjamin.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Asma’ ‘Amira Shahidani manakala ketujuh-tujuh tertuduh diwakili peguam Ang Chun Pun.

Kes akan disebut semula pada 31 Mei depan.

-Harian Metro

Tags: JUDI
Share196Tweet123SendShare
Previous Post

Pindaan AUKU Dijangka Dibentang Tahun Ini

Next Post

Dana Pendeposit TH Dilabur Baik, Tampung Bantuan Kewangan Haji

Related Posts

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

Judi Di Bengkel Kononnya Nak Cari Duit Beli Baju Raya, 14 Lelaki Ditahan

29/03/2025
0

GEORGETOWN: Sekumpulan 14 lelaki yang sedang asyik berjudi ditahan dalam serbuan di sebuah bengkel kereta di Jalan Sungai Pinang, di...

Kena Cekup Ketika Judi Sabung Ayam

Kena Cekup Ketika Judi Sabung Ayam

09/10/2022
0

Kota Tinggi : Seramai 43 lelaki termasuk 16 warga asing ditahan selepas disyaki terbabit dengan aktiviti sabung ayam, semalam. Ikuti...

Next Post
Dana Pendeposit TH Dilabur Baik, Tampung Bantuan Kewangan Haji

Dana Pendeposit TH Dilabur Baik, Tampung Bantuan Kewangan Haji

Please login to join discussion
MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd