• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, April 3, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kerajaan Setuju Beri Elaun ‘On-Call’ Kepada Kakitangan Perubatan

oleh Mohd Arshad
04/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kerajaan Setuju Beri Elaun ‘On-Call’ Kepada Kakitangan Perubatan
Share on FacebookShare on Twitter

Kuala Lumpur : Kerajaan bersetuju pemberian elaun tambahan bertugas ‘on-call’ bagi kakitangan perubatan di klinik kesihatan (KK) dan jabatan kecemasan bagi mengatasi kesesakan fasiliti kesihatan awam.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, persetujuan itu turut membabitkan perluasan waktu, merangkumi cuti pelepasan mingguan kepada beberapa KK yang dikenal pasti.

Katanya, pemberian elaun tambahan berkenaan ketika ini, tidak termasuk bagi kakitangan perubatan yang bertugas di KK atau jabatan kecemasan.

“Enam premis ini ialah KK yang terbabit dalam projek rintis bagi mengurangkan kesesakan di hospital kerajaan.

“Saya juga sudah arahkan Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan (MoF) mengkaji supaya kemudahan ini dipanjangkan kepada semua, selain pegawai perubatan,” katanya pada Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat, hari ini.

Ahli Parlimen Tambun yang juga Menteri Kewangan itu menjawab soalan tambahan Datuk Seri Madius Tangau (PH-Tuaran) mengenai kesediaan kerajaan meningkatkan kadar elaun ‘on-call’ diterima pegawai perubatan.

Mengenai kadar elaun berkenaan, Anwar berkata, jumlah itu masih bersesuaian dengan penetapan kadar mengikut hari tugas jam, berbanding kadar elaun lain diterima perkhidmatan lain.

Beliau antara lain mengakui perihal berkaitan tambahan elaun itu bukanlah antara tuntutan yang menjadi masalah dalam kalangan pegawai perubatan.

“(Isu) elaun ada dibangkitkan, tetapi ia adalah selain daripada gaji dan elaun umum.

“Walaupun dianggap kecil, diminta tambahan tetapi kadar semasa elaun tugas panggilan bagi panggilan perubatan, sama ada berkhidmat secara tetap atau kontrak dan diarah menjalankan tugas selepas waktu tugas biasa di hospital kerajaan, universiti atau tentera atau klinik desa masih bersesuaian,” katanya.

Sementara itu, Anwar turut memberi jaminan mengambil tindakan sewajarnya ke atas penolong pembantu perubatan yang berdepan masalah diberhentikan atau kontrak tidak disambung.

Ini kerana, katanya, dasar kerajaan menetapkan supaya layanan diberikan secara sama rata kepada semua petugas dalam sektor kesihatan, termasuk pembantu perubatan, ahli farmasi dan klinik pergigian.

“Setakat rekod kita, tidak benar mereka (penolong pembantu perubatan) diberhentikan atau tak disambung (kontrak), melainkan ada kes tertentu.

“Bagaimanapun, saya beri jaminan sekiranya ada rekod diberhentikan tanpa sebab atau (kontrak) tak disambung, kita akan ambil tindakan untuk membolehkan mereka bertugas semula.

“Ada juga kemungkinan kalau mereka (penolong pembantu perubatan) memilih untuk berhenti bagi menyertai sektor swasta dan ia memang diizinkan.

“Kalau ada apa-apa senarai boleh dikemukakan, InsyaAllah saya akan ambil tindakan,” katanya menjawab soalan tambahan Bakri Jamaluddin (PN-Tangga Batu).

-Harian Metro

Tags: 'On-Call'Elaunkakitangan perubatanKerajaan
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

Sebagai Rakyat Malaysia Bersyukur Dengan Usaha Dilakukan Kerajaan – Fuziah

01/04/2026
0

KUALA LUMPUR - "Sebagai rakyat Malaysia, kita bersyukur dengan usaha yang telah dilakukan oleh kerajaan demi kestabilan ekonomi negara" Demikian...

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

Potong Elaun Petrol Ahli Parlimen Tidak Beri Penjimatan Signifikan – Ahmad Fadhli Shaari

29/03/2026
0

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen PAS Pasir Mas, Ahmad Fadhli Shaari berpandangan cadangan memotong elaun petrol Ahli Parlimen tidak memberikan...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd