SEORANG lelaki dari Amerika Syarikat, Dave Reynolds telah mencipta inovasi tandas yang boleh bersinar dalam keadaan gelap.
Ini kerana dia menyedari kepayahan untuk menuju ke tandas pada waktu malam dan sekali gus perkara itu memberi idea kepadanya untuk mencipta rekaan tersebut.
Rekaan yang diberi nama Night Glow Seats itu kini sudah pun berada di pasaran dan ianya dikatakan sangat berguna terutama untuk warga tua mahu pun kanak-kanak kerana mereka sudah tidak perlu berasa takut lagi sekiranya perlu ke bilik air pada tengah malam.
Tandas duduk itu didatangkan dalam dua warna iaitu hijau dan biru bagi memberi pilihan kepada pelanggan.
Hmmm, kalau dah susah sangat kan, kenapa tak dibuka lampu bilik air saja ya? – MYNEWSHUB.CC
Oleh:  JASMINÂÂ



