• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Friday, May 1, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Sanusi Diarah Bayar RM120,000 Kepada Mahfuz

oleh Mohd Arshad
03/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Sanusi Diarah Bayar RM120,000 Kepada Mahfuz
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR: Mahkamah Rayuan hari ini, mengarahkan Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, membayar ganti rugi RM120,000 kepada bekas Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, berhubung kenyataan fitnah yang dibuat Menteri Besar Kedah, empat tahun lepas.

Ikuti Mynewshub: Telegram

Keputusan itu dibuat mahkamah selepas membenarkan permohonan Mahfuz untuk menaikkan jumlah ganti rugi dari daripada RM50,000 kepada RM120,000 terhadap Sanusi.

Peguam mewakili Mahfuz, Noorazmir Zakaria, berkata rayuan Sanusi sebagai defendan untuk menolak rayuan plaintif pula ditolak oleh mahkamah ketika bersidang secara dalam talian melalui aplikasi Zoom hari ini.

“Rayuan MB Kedah terhadap saman fitnah Mafuz ditolak oleh Mahkamah Rayuan.

“Rayuan anak guam untuk menaikkan jumlah ganti rugi pula dibenarkan daripada RM50,000 kepada RM120,000.

“Saya secara peribadi dalam kendali kes saman fitnah, inilah jumlah ganti rugi yang paling tinggi dapat. Susah nak lepas nilai ratus ribu sekarang ni,” kata Noorazmir seperti dilaporkan portal, Harapandaily.com

Pada 30 Julai 2019, Sanusi menerusi akaun Facebook miliknya, mengaitkan Mahfuz selaku wakil rakyat bagi kawasan Pokok Sena terlibat dalam isu pemindahan Sport Toto ke kawasan itu.

Pada 9 Oktober 2019, Mahfuz memfailkan saman berdasarkan hantaran yang dibuat itu.

Mahfuz mendakwa Sanusi menerbitkan satu video berdurasi 7 minit 57 saat di akaun Facebook miliknya pada 27 Julai 2019, yang memaparkan sekumpulan individu membantah pembukaan Sport Toto di Pokok Sena sambil memegang sepanduk yang tertera nama plaintif.

Pada November 2021, Mahfuz menang saman fitnah yang difailkan terhadap Sanusi, dengan Mahkamah Tinggi mengarahkan Sanusi membayar RM50,000 kepada Mahfuz.

BHonline-

Tags: bayar ganti rugiMahfuz Omarmuhammad sanusi md nor
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Mahfuz Sindir PAS Pernah Bersama DAP, Tapi Tiada Label ‘Syaitan’ 

Mahfuz Sindir PAS Pernah Bersama DAP, Tapi Tiada Label ‘Syaitan’ 

15/03/2026
0

Oleh Mynewshub KUALA LUMPUR – PAS pernah bekerjasama dengan DAP dalam Pakatan Rakyat, tapi ketika itu tidak kedengaran label 'syaitan'...

Saya Buat-buat Cool, Tipu Kalau Tak ‘Berdarah’ – Sanusi

Saya Buat-buat Cool, Tipu Kalau Tak ‘Berdarah’ – Sanusi

13/08/2023
0

ALOR SETAR: Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor mengakui beliau hanya ‘berpura-pura’ tenang sejak Dewan Undangan Negeri (DUN)...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd