• About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact
Thursday, May 21, 2026
  • Login
MYNEWSHUB
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral
No Result
View All Result
MYNEWSHUB
No Result
View All Result

Kehilangan Biodiversiti Jejas Ekonomi, Kestabilan Kewangan – BNM

oleh Mohd Arshad
02/04/2023
dalam Terkini, Utama & Sensasi
0
Kehilangan Biodiversiti Jejas Ekonomi, Kestabilan Kewangan – BNM
Share on FacebookShare on Twitter

KUALA LUMPUR : Sumber asli seperti minyak dan kayu balak dan perkhidmatan ekosistem yang amat banyak, termasuk tanah subur dan air bersih, menyumbang secara langsung kepada pembangunan ekonomi negara, menurut Bank Negara Malaysia (BNM).

Ikuti Mynewshub: Telegram

Dalam Laporan Tahunan 2022 yang dikeluarkan baru-baru ini, BNM menyebut, pengeluaran dan penggunaan secara berlebihan lama-kelamaan boleh menghakis sumber serta memudaratkan masyarakat dan ekonomi.

Menurutnya, kegiatan pembangunan ekonomi yang berlebihan juga boleh menyebabkan kemerosotan perkhidmatan ekosistem.

Katanya, kegiatan itu termasuk penebangan hutan, pencemaran, penangkapan ikan secara berlebihan, perubahan guna tanah dan aktiviti lain manusia yang mendorong kepada kehilangan dan pemecahan habitat.

“Perubahan iklim juga mempercepatkan kehilangan biodiversiti dan mengurangkan daya tahan ekosistem. Hal ini meningkatkan risiko berkaitan alam semula jadi, seterusnya mampu menjejaskan daya maju perniagaan dan mengakibatkan kehilangan nyawa.

“Perniagaan yang sangat bergantung pada perkhidmatan ekosistem untuk meneruskan operasi adalah yang paling terdedah kepada risiko berkaitan alam semula jadi,” katanya.

BNM menyebut, risiko berkaitan alam semula jadi dan iklim berkait rapat, yang boleh dizahirkan dalam bentuk risiko fizikal, peralihan dan liabiliti.

“Risiko ini juga boleh mengakibatkan kerugian kewangan dan ekonomi yang disebabkan oleh kemerosotan dari segi keupayaan untuk menyesuaikan keadaan dan membina daya tahan terhadap kejadian buruk,” katanya.

Justeru, BNM menyebut, langkah yang menyeluruh dan dirangka dengan teliti bagi menggalakkan penggunaan secara bertanggungjawab atau menggantikan semula sumber, adalah penting untuk memelihara nyawa dan mata pencarian rakyat.

Kajian Bank Dunia menilai tahap kerosakan yang akan berlaku jika bahagian tertentu sesebuah ekosistem, seperti perikanan laut, pendebungaan liar dan bekalan kayu balak dalam ekosistem berkurang sebanyak 90 peratus.

Kajian itu mendapati, di Asia Timur dan rantau Pasifik, keadaan itu boleh mengakibatkan kerugian sebanyak 3.4 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) menjelang 2030, berbanding dengan senario asas.

Di Malaysia, kerugian dijangka lebih besar iaitu sebanyak enam peratus daripada KDNK menjelang 2030 disebabkan oleh kesan buruk daripada perkhidmatan ekosistem perhutanan dan perikanan Malaysia yang terjejas.

“Sehubungan itu, BNM merancang untuk meluaskan libat urus dan inisiatif pembinaan keupayaan semasa pada peringkat bank serta sektor kewangan supaya mengambil kira risiko berkaitan alam semula jadi.

“Tumpuan segera adalah untuk mengenal pasti peluang bagi memajukan usaha yang sedang dilaksanakan untuk mengukuhkan daya tahan terhadap perubahan iklim,” katanya.

Sebagai contoh, BNM menyebut, jawatankuasa kecil JC3 bagi Menangani Jurang Data (Bridging Data Gaps, BDG) sedang mengkaji cara untuk menambah baik pengumpulan data berkaitan dengan risiko alam semula jadi di Malaysia.

“Usaha ini bertujuan untuk memudahkan analisis yang lebih terperinci mengenai cara sektor kewangan meningkatkan risiko berkaitan alam semula jadi dan kesan kehilangan biodiversiti terhadap sistem kewangan.

“Analisis ini akan dijadikan asas dalam menentukan keutamaan tindak balas industri terhadap risiko berkaitan alam semula jadi,” katanya.

-Berita Harian

Tags: BiodiversitiBNM
Share197Tweet123SendShare

Related Posts

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

Dana AS$620 Juta Dipulangkan Ke Akaun Asal Dengan Kelulusan BNM – Najib

21/10/2025
0

PUTRAJAYA - Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa beliau telah...

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

BNM Kekal OPR Tidak Berubah Pada 3.0 Peratus

06/11/2024
0

KUALA LUMPUR - Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) Bank Negara Malaysia (BNM) memutuskan untuk mengekalkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada 3.00...

MYNEWSHUB

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd

Navigate Site

  • About
  • Advertise
  • Privacy & Policy
  • Contact

Follow Us

Welcome Back!

Login to your account below

Forgotten Password?

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In
No Result
View All Result
  • Utama & Sensasi
  • Berita
    • Antarabangsa
    • Dalam Negara
    • Ekonomi
    • Jenayah
  • Politik
  • Gaya Hidup
    • Agama
    • Artis
    • Gajet
    • Kesihatan
    • Resepi
    • Sukan
  • Hangat
  • Video Viral

© Hakcipta Terpelihara Mynewshub. Dikuasakan oleh Infinity Media Digital Sdn Bhd